Semporna Mari - Tentang Kami


Semporna Mari aktif dari tahun 2011 hingga kini dalam bidang Fotografi 📷, Blog ✍ dan Pelancongan ✈. Kami berkongsi pelbagai maklumat dan cerita-cerita yang menarik sesuai untuk pelbagai peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Juga dikenali sebagai Infiniti Freelance Photography, secara umumnya kami berkongsi pelbagai hasil kerja seni fotografi selain menghimpunkan maklumat-maklumat yang menarik berkaitan daerah Semporna dan kemudiannya disampaikan melalui artikel atau video.

Selain itu, kami juga turut berkongsi pelbagai info dan cerita-cerita yang menarik berkait langsung dengan pihak kami secara umumnya.

Semporna Mari juga boleh ditemui aktif di pelbagai media sosial lain. Jom jadi sebahagian dari komuniti kami di pelbagai medium sosial kegemaran anda seperti Facebook & Youtube.

Logo Asal Semporna Mari 2013

Antara perkhidmatan lain yang turut kami sediakan adalah Servis Pengiklanan, Fotografi, Jualan Atas Talian dan Agen Pelancongan Bebas

Untuk makluman, kami tidak terikat dengan mana-mana badan politik dan berdiri bebas selari dengan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan oleh perbadanan kementerian telekomunikasi negara Malaysia.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pembaca dan penonton yang selama ini sudi memberi sokongan yang tidak terbelah bahagi dan memberi kepercayaan terhadap segala usaha murni yang kami lakukan. 

Sekian, 
  • Disediakan oleh Admin Semporna Mari 

Komen

Terbaru Lebih lama