Estino Taniyu adalah merupakan perenang solo kolam renang "Gabungan Saluran Inggeris 1Malaysia" yang telah mewakili negara Malaysia dalam acara renangan merentasi Selat Inggeris bagi kategori tanpa sangkar pada tahun 2012 selepas Lennard Lee yang melakukan sebelumnya pada tahun 2004.
Beliau telah berjaya menamatkan renangan dalam masa 13 jam 45 minit dan 45 saat sejauh 35 kilometer dari Pantai Dover United Kingdom pada pukul 8.41 pagi hari jumaat dan tiba di Pantai Sandy, Calaif Perancis pada pukul 10. 20 malam pada hari Jumaat.
Dirinya yang berasal dari Kampung Bangau-Bangau Semporna Sabah berumur 24 tahun ketika itu adalah merupakan salah seorang anggota tentera laut diraja Malaysia ( TLDM ).
Menurut dirinya, pengalamannya dari kecil sebagai orang bajau laut yang memang sinonim membesar bersahabatkan lautan, telah banyak membantu dirinya semasa merentasi lautan yang luas ketika itu, lebih-lebih lagi sewaktu malam angin yang kuat, air yang bergelora dan sejuk.
Kejayaan ekspedisi ini dibawah tajaan Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia telah dicatatkan di dalam Malaysia Book Of Record ( MBR ).
Seluruh rakyat di Malaysia turut berbangga dengan kejayaan ini dan mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut sekali gus yang telah mengharumkan nama negara.
- Sumber Berita Harian
Catat Ulasan