Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Tempat Sarapan Legend Di Semporna - Kedai Kopi Cham Chuan Kee


Terdapat sebuah kedai legend yang wajib dilawati jika bertandang ke Semporna, di kenali sebagai Kedai Kopi Cham Chuan Kee.

Kedai ini mula beroperasi sejak tahun 1950an lagi dan mempunyai keistimewaannya tersendiri kerana rekaan dan struktur bangunan lama masih lagi dikekalkan sehingga hari ini.


Menurut tuan kedai En Lee Sui Kong, 58, bersama dua anaknya yang juga generasi keempat perusahaan kedai kopi berkenaan pernah terbakar namun telah dibina pada tahun 1950 dan semenjak dari hari itu tiada perubahan dalam struktur dalaman kedai tersebut dibuat.

Jesteru itu, suasana kedai lama zaman British membuatkan kedai ini menjadi tarikan kepada pengunjung untuk datang selain didalamnya terdapat gambar-gambar lama dan nostalgia yang terpampang di dinding kedai membolehkan pengunjung untuk melihat sendiri keadaan pekan Semporna pada waktu dulu.


Apa yang lebih menarik, kedai ini masih mengekalkan cara tradisi memanggang roti di atas api, Keaslian dan keenakan roti bakar itu membuatkan kedai kopi ini terkenal dalam penduduk tempatan mahupun pelancong asing yang datang.

Menurutnya, semua bahan membuat roti bakar termasuk roti dan kaya dibuat dengan menggunakan resepi. Doh roti juga dibuat dengan menggunakan tangan bagi memastikan ‘sentuhan manusia’ masih ada dalam pembuatan roti berkenaan.

Beliau berkata, kedainya mula dibuka seawal jam 7 pagi sehingga 4.30 petang dan waktu sarapan antara masa yang paling sibuk di kedai kopi berkenaan.

Komen

Terbaru Lebih lama