Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Tragedi Berdarah Di Kampung Simunul Semporna


Kampung Simunul, sebuah perkampungan atas air di Semporna menjadi saksi peristiwa berdarah yang meragut nyawa ramai orang termasuk 6 anggota polis.

Peristiwa tersebut masih lagi segar dalam ingatan, perkampungan yang terletak di atas air, tenang seperti biasa bertukar menjadi huru hara, bermandikan darah 

Tanggal 2 Mac 2013, di sinilah berlakunya tragedi berdarah yang menggemparkan jutaan rakyat Malaysia, 19 hari selepas negara dikejutkan dengan pencerobohan sekumpulan bersenjata yang mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu.




2 Mac 2013 

Pihak polis telah menghantar satu pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh Filipina.

Berasaskan maklumat-maklumat terkumpul tentang wujudnya kumpulan pengganas tentera RSF yang berkubu di Perkampungan Air Simunul semporna, sepasukan polis diketuai oleh Supt. Ibrahim bin Lebar telah memasuki beberapa lorong di Kampung Sri Jaya dan Kampung Simunul untuk membuat penggeledahan.


Namun apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis tersebut telah diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain telah mengalami kecederaan. Enam penceroboh bersenjata pula telah dibunuh oleh pihak polis.



3 Mac 2013

Anggota 69 KOMANDO, berjaya menyusup masuk ke kawasan pertempuran itu untuk membawa keluar mangsa yang terperangkap dan mayat enam anggota polis yang terkorban. Kira-kira pukul 9 malam, Pangkalan Polis Marin yang tidak jauh dari Kampung Simunul diserang dengan sekurang-kurangnya tiga das tembakan oleh pengganas Sulu.

Enam anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Semporna pada 2 Mac tahun lepas ditemui dalam keadaan mengerikan. Menurut Pegawai Penyiasat Insp Jamirin Kintai semasa memberi keterangan di mahkamah (antara anggota pasukan yang bertanggungjawab mengeluarkan mayat anggota polis berkenaan dari Kampung Simunul, Semporna pada 6.45 petang pada 3 Mac) berkata dua daripada mangsa telah dipenggal dan dicacatkan.



"Sarjan Baharin Hamid dicacatkan dengan otak dan mata kanan hilang daripada tengkorak dan terdapat kelaran pada mukanya."

"Leher Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran pula telah dipenggal dan terdapat luka pada badan, kulit dan dagingnya. Mukanya telah dikoyakkan dan hanya kelihatan tulang muka," katanya.

Jamirin juga memberitahu mahkamah bahawa leher Lans Koperal Salam Togiran "hampir putus dengan kepalanya hanya melekat pada tubuhnya oleh beberapa inci kulit pada lehernya.

"Kesan kelaran terdapat pada kepala dan badan Sarjan Abdul Aziz Sakiran dan Superintenden Ibrahim Lebar, manakala ASP Michael Padel mengalami kecederaan pada bahu dan dada, katanya.

Semasa pemeriksaan balas, Jamirin berkata beliau mendapati insiden melibatkan enam anggota polis itu ada kaitan dengan pencerobohan oleh kumpulan lelaki bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu


Kampung Senallang Lama Di Serang Pengganas

Selain serangan pengganas di Kampung Simunul Semporna dan Tanduo Lahad Datu, salah satu perkampungan di Semporna juga sebenarnya telah diserang oleh seorang lelaki dipercayai pengganas tentera RSF yang bersenjatakan Raifel M-16 dan pelancar grenade telah menawan kira- kira seramai 80 orang penduduk Kampung Sinallang Lama, Semporna. 

Lelaki bersenjata tersebut adalah daripada kumpulan yang menyerang hendap pasukan polis di Kampung Sri Jaya, Simunul pada 2 Mac 2013 yang telah mengakibatkan seramai enam orang pegawai dan anggota polis terkorban. 

Namun, sekumpulan penduduk telah bertindak menangkap dan menyerang lelaki bersenjata tersebut dan orang-orang kampung terselamat dari tawanan pengganas Sulu.





Seluruh pekan Semporna bertukar menjadi amat sepi berikutan tiada sesiapa pun yang berani keluar. Seluruh jalan menjadi lengang, hanya kelihatan tentera dan polis di sana-sini dalam langkah berjaga-jaga.

Maka bermula dari saat itulah, pasukan keselamatan negara mengambil tindakan memerangi pengganas Sulu yang sudah menyusup masuk ke Kampung Tanduo di Felda Sahabat, Lahad Datu sejak awal Februari 2013 dan memulakan keganasan dengan membunuh dua anggota 69 KOMANDO pada pagi 1 Mac 2013.

Bagi mengenang peristiwa hitam tersebut, telah dibina sebuah tugu pahlawan Semporna - Tugu Pahlawan Peristiwa Berdarah 2013 ðŸ”—  terdiri daripada 6 batang tiang yang melambangkan 6 anggota polis berjuang dan terkorban pada hari tersebut. Tugu itu terletak bersebelahan dengan sebuah lagi tugu pahlawan yang terdiri daripada sebuah menara dari zaman British bagi mengenang peristiwa berdarah pada tahun 1953.

Komen

Terbaru Lebih lama