Ianya akan diadakan pada setiap 3 bulan dan ini merupakan sebuah ritual yang menyajikan tarian kepada roh nenek moyang.
Para Jin Denda dan Jin Lella akan berkumpul di hadapan pelantar rumah ketua Jin untuk Mag Igal. Mereka akan menari sehingga kelupaan atau kerasukan yang menandakan roh atau semangat nenek moyang telah memasuki badan mereka.
Keadaan ini menandakan bahawa roh nenek moyang juga turut berada bersama-sama mereka di kampung tersebut. Dengan berjayanya roh-roh tersebut memasuki badan para jin tersebut ia menandakan bahawa roh atau semangat nenek moyang tersebut berpuas hati dengan sajian muzik Tagunggu dan Igal oleh pewaris -pewaris mereka.
Ini secara tidak langsung menandakan keberadaan mereka dalam alam spiritual masih lagi diingati dan diraikan pada masa-masa yang di tetapkan (para perwaris masih lagi menjaga warisan yang dipusakai)
Kegagalan untuk melakukannya akan membuatkan Omboh (Roh Atau Semangat Nenek Moyang) menjadi tidak senang dan akan sentiasa menggangu para jin dan jika sering diganggu mereka akan berada dalam keadaan yang tidak tenteram. Lama kelamaan mereka para Jin boleh ditimpa jatuh sakit dan keadaan ini dikatakan adalah kerana mereka mendapat Tulah atau Busong dan seharusnya diubati dengan menggunakan ritual yang tertentu apabila sudah diketahui puncanya.
Segelintir masyarakat yang terdapat di Daerah Semporna masih lagi mengamalkan ritual ini sehingga hari ini. Oleh yang demikian Muzik Tagunggu, Igal Limbayan dan Igal Jin akan sentiasa hidup di kalangan generasi masyarakat Bajau Khususnya.

- Penulis Asal 👉 Mohd Irfan Izaruddien
Catat Ulasan