Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Pulau Penyu Semporna


Terdapat sebuah pulau kecil di Semporna yang dikenali sebagai Pulau Penyu. Pulau ini mempunyai saiz yang sangat kecil dan hanya mampu menampung beberapa orang saja dalam satu-satu masa.

Kebanyakan pengunjung yang datang melawat pulau ini adalah untuk mengambil gambar saja, memandangkan kawasan ini memang menarik dan sesuai untuk lokasi bergambar bersama seisi keluarga dan sahabat handai.

Ianya terletak di dalam kawasan Dragon Inn Floating Resort Semporna Sabah dan untuk datang ke sini akan dikenakan bayaran sebanyak RM2 untuk satu kepala (harga bergantung kepada pihak pengurus).


Di sekitar Pulau Penyu tersebut juga terdapat banyak sangkar yang dipenuhi oleh pelbagai jenis ikan yang dipelihara dari saiz kecil sehinggalah yang besar sebagai tempat pameran untuk para pengunjung/pelancong yang masuk.

Diberi nama sebagai Pulau Penyu adalah disebabkan pulau mini tersebut terdiri daripada gabungan batu-batu yang seakan-akan menyerupai cengkerang penyu gergasi timbul di permukaan air laut.

Walaupun kawasan ini dibenarkan untuk membawa makanan dan minuman dari luar tetapi adalah di larang keras kepada para pengunjung untuk membuang sampah merata-rata terutama ke dalam sangkar-sangkar ikan tersebut.


Pengunjung yang datang ke mari selain untuk mengambil gambar kenang-kenangan, tempat ini juga sesuai untuk bersantai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan memandangkan ianya berada di atas dan menghadap lautan yang terbentang luas.

Dengan hanya berjalan kaki, ini adalah salah satu lokasi paling senang untuk dikunjungi kepada sesiapa yang datang melancong ke Daerah Semporna kerana ianya terletak tidak jauh dari pekan lama Semporna.

Komen

Terbaru Lebih lama