Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Perigi "Kami Sayang Semporna"


"Kami Sayang Semporna" begitulah kreatifnya penduduk yang tinggal di Kampung Tagasan Semporna. Namun tahukah anda di dalam gambar ini sebenarnya apa ?

Sesiapa yang lalu di laluan jalan baru berdekatan simpang ke Pangkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia - TLDM / Kampung Tagasan Semporna mesti akan ternampak seperti dalam gambar ini berada di tepi jalan raya. 

Ini sebenarnya adalah sebuah perigi lama yang dibina dengan menggunakan batu-batuan namun telah disimen. Pada waktu dulu sebelum adanya saluran bekalan air bersih / terawat yang disalurkan, tempat ini menjadi kawasan tumpuan para penduduk berhampiran untuk mendapatkan bekalan air minum yang dikenali dengan nama Perigi Pak Hisab.



Di tepi perigi ini terdapat sebuah anak sungai yang airnya mengalir dari atas bukit, sejuk dan jernih. Pada waktu dulu orang ramai selalu mandi di sungai tersebut kerana airnya yang sejuk dan deras selain adanya air terjun.

Oleh kerana sungai tersebut terletak didalam tanah milik Pak Hisab Bin Mortojo ( berbangsa jawa tetapi saudara-saudaranya berbangsa bajau di Semporna ) maka perigi tersebut pun dikenali sebagai Perigi Pak Hisab.

Kini perigi ini sudah jarang digunakan memandangkan terdapatnya bekalan air paip yang bersih hasil daripada naik taraf pembangunan untuk Zon Bantayan khususnya yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Perigi ini kini lebih dikenali oorang ramai sebagai " Perigi Kami Sayang Semporna '' disebabkan corak yang terdapat disekitar dindingnya. Sebahagian daripada kawasan perigi ini juga telah menjadi laluan jalan raya.

Komen

Terbaru Lebih lama