Pegawai Kolonial Semporna Yang Terakhir


Mr. David Fielding dan isterinya Sue Fielding merupakan Pegawai Daerah Semporna ( District Officer ) yang terakhir, iaitu pegawai kolonial yang terakhir sebelum Semporna mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada 1963. 

Pada tahun 2015, mereka berdua telah dijemput dan menerima anugerah Tokoh Lepa 2015 diatas jasa-jasanya yang menjana dan menggalakkan budaya lepa yang cantik dan berseni pada waktu dulu. 


Sedikit Cerita Latar Belakang Tentang David Fielding 

Dia dilahirkan di Hong Kong pada tahun 1936 dan ibu bapanya berpindah kembali ke England bersamanya pada tahun 1940 sebelum Pendudukan Jepun. 

Beliau adalah seorang Leftenan dalam Rejimen Diraja Hampshire dan berkhidmat dalam Darurat Malaya. Beliau pergi ke Universiti Oxford dan lulus pada tahun 1959. Beliau telah ditempatkan di Borneo Utara pada tahun 1960. 


Beliau berkhidmat selama 6 bulan di Tambunan dan Keningau di bawah Ben Stephens dan pada tahun 1961 beliau telah ditempatkan di Sandakan di bawah Keith Wookey. Hanya pada penghujung tahun 1961 beliau menjadi DO Semporna Beliau kembali ke England pada tahun 1964. 

Beliau meninggalkan kesan abadi tentang seorang tuan dan pentadbir kolonial yang terkenal. Salah sebuah buku yang terkenal ditulis oleh David & Sue Fielding adalah bertajuk Letter & Legends from North Borneo Sabah ( Borneo Jewel in & Jade Rainbow ) di dalamnya terdapat banyak gambar-gambar lama Daerah Semporna pada waktu dulu

Komen

Terbaru Lebih lama