Hari ini SM tidak tahu mau buat entry apa, tapi baru saja tadi selesai melahap Piutu Goreng Wkwkwk...
Oleh itu entry kali ini SM ini kongsikan cara untuk menyediakan sejenis resepi yang ringkas, alah-alah resepi untuk yang mahu makan makanan simple tapi tradisi (bukan resepi malas okay).
Putu/piutu dihasilkan dengan menggunakan ubi kayu sebagai bahan utama, jadi tidak mempunyai masaalah jika ianya disediakan dengan cara di goreng. Tetapi tidak ramai atau jarang sekali orang menyediakan putu/piutu dengan cara ini.
Cara-Cara Menyediakan Piutu Goreng
Bahan asas utama yang diperlukan adalah sangat ringkas iaitu putu/piutu.
Pertama putu/piutu perlulah di potong kecil-kecil mengikut saiz yang sesuai, kemudian panaskan minyak masak sehingga mendidih dan masukkan putu/piutu yang telah dipotong kecil-kecil tadi.
Goreng sehingga kelihatan sedikit kekuningan kemudian angkat putu/piutu yang telah digoreng dan hidangkan. Pastikan semasa menggoreng putu/piutu, jangan terlalu lama kerana ianya akan mengakibatkan ianya menjadi keras untuk dimakan.
Sediakan Susu Pekat Manis dan letak diatas putu/piutu tadi atau sediakan Sambal Kicap dan siap. Ianya juga boleh disalutkan dengan gula kasar. Ringkas bukan ?
Selamat Mencuba...
Catat Ulasan