Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Pulau Bohey Dulang Mendapat Nama


Pulau Bohey Dulang adalah merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang terkenal dan terpenting di Semporna Sabah selain Pulau Sipadan.

Ianya adalah merupakan pulau ke-2 terbesar selepas Pulau Bodgaya di dalam Taman Marin Tun Sakaran. Bohey dalam bahasa Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud Air. Maka maksud Bohey Dulang adalah Dulang Air atau Kolam Air.

Pulau Bohey Dulang juga dikenali sebagai Pulau Bohidulang atau Bohaydulong dan mendapat julukan unik sebagai Pulau Lelaki Tua Tidur ( Sleeping Old Man ) kerana masyarakat tempatan merujuknya dalam bahasa bajau sebagai ‘Pu Mattoa Lalla Atoli’ disebabkan bentuknya dari jauh seakan lelaki tua yang sedang tidur.


Ramai Yang Salah Faham

Pulau Bohey Dulang adalah sebuah pulau yang berbentuk pergunungan akibat kesan daripada aktiviti letusan gunung berapi yang berlaku 2.5 juta tahun lalu dan membentuk gugusan pulau ( bibir gunung berapi ) terdiri daripada Pulau Bohey Dulang, Pulau Gaya dan Pulau Tatagan yang membentuk Taman Marin Tun Sakaran.

Ketika selesai melakukan aktiviti hiking di Bukit Bohey Dulang, dan tiba di kawasan rehat iaitu lokasi 700m dari aras paras laut, hiker pasti akan kagum dan terpesona dengan keindahan panorama yang tersaji didepan mata mereka apabila melihat selat yang cetek antara Pulau Bodgaya dan Pulau Bohey Dulang telah membentuk sebuah kawah yang kini dibanjiri oleh air laut yang mempunyai kedalaman kira-kira 25 meter.

Air laut yang memenuhi kawah ini telah menjadi lagun kebiru-biruan jernih dan cantik ( warna biru tua kawasan laut dalam dan warna seakan kehijauan kawasan air cetek ) seakan adanya sebuah kolam besar.

Oleh itu ramai yang beranggapan Pulau Bohey Dulang mendapat akan namanya kerana bentuk lagun tersebut seperti air didalam dulang namun fakta itu jauh meleset. 


Bohey Dulang Mendapat Nama

Pulau Bohey Dulang sebenarnya mendapat akan namanya daripada 7 telaga yang terdapat di pulau tersebut. Telaga tersebut dipanggil sebagai Bohey Dulang ( telaga atau kolam air ) yang dikaitkan dengan kisah lagenda seorang puteri bernama Arung Salamiah.

Pelbagai cerita mistik dan mitos yang terkait dengan 7 telaga tersebut. Antaranya mengikut cerita orang-orang terdahulu dipercayai puteri bunian selalu singgah ke telaga-telaga tersebut untuk bermain dan bermandi-manda.

Namun kewujudan 7 telaga ini sangat berkait rapat dan sinonim dengan peristiwa dimana Puteri Arung Salamiah. Jika ramai yang berkata dari jauh Pulau Bohey Dulang seperti Pulau Lelaki Tua Tidur ( Sleeping Old Man ) namun bagi penduduk tempatan pula dari jauh Pulau Bohey Dulang umpama kelibat seorang perempuan berbaring yang dipercayai merujuk kepada kelibat Arung Salamiah.

Maka dari situlah Bukit Bohey Dulang dan Pulau Bohey Dulang mendapat akan namanya.

Komen

Terbaru Lebih lama