Rumah Sakit Daerah Semporna Pertama Kali Dibuka


Hospital Semporna merupakan salah sebuah hospital kerajaan yang terletak di Pantai Timur negeri Sabah iaitu di daerah Semporna dan lebih kurang 1 km sahaja dari Bandar Semporna.

Bermula sebagai Rumah Sakit Kerajaan Daerah Semporna pada tahun 1950-an, dengan lokasi asal di tapak Mahkamah Majistret sekarang.


Satu-satunya Hospital Kerajaan di Daerah Semporna hingga kini yang telah menjalani beberapa fasa pembangunan dari segi naik taraf dan penambahbaikan.

Hospital Semporna telah dirasmikan pada 27 April 1970 oleh T.Y.T Tun Datu Mustapa Bin Datu Harun.

Komen

Terbaru Lebih lama