Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Ketam Kelapa - Ketam Gergasi Di Semporna


Ketam Kelapa / Coconut Crab atau Birgus Latro merupakan sejenis ketam gergasi yang boleh ditemui sekitar pulau-pulau yang terletak di Daerah Semporna terutama di Pulau Selakan dan Pulau Sipadan.

Untuk pengetahuan semua ketam jenis ini adalah spesis yang dilindungi kerana diambang kepupusan, ianya kini sangat susah dan jarang ditemui di Malaysia. Ketam ini akan naik ke darat untuk memanjat pokok kelapa dan menjatuhkannya ke bawah lalu mengupas buah kelapa tersebut dengan menggunakan sepitnya.

Disebabkan itu ianya dipanggil Ketam Kelapa / Coconut Crab. Ada juga yang mengenali ketam ini sebagai Ketam Kenari atau Ketam Ketiping, ianya mampu mencapai besar sehingga 1 meter atau lebih. ( Hampir Sama Saiz Sebuah Tong Drum Sampah Atau Seekor Anjing )


Ketam ini biasanya hidup berhampiran kawasan yang berlubang dan berair tidak jauh dari kawasan yang berpokok kelapa tapi banyak juga spesis yang hampir sama ditemui di sekitar 100 meter di antara laut dan daratan.

Ianya bukan sejenis haiwan yang merbahaya dan mengancam tetapi sebaliknya spesiesnya kini kian terancam. Makanan lain ketam ini adalah Ketam-Ketam Kecil, Buah Pandan, Burung-Burung Kecil termasuk juga Kulit Kayu yang sudah mati.

Ketam ini sering menjadi mangsa binatang lain seperti Helang, Biawak dan lain-lain lagi selain manusia. Ketam ini sangat mencintai kelapa dan tidak akan peduli walaupun anda berada berhampirannya.


Kerap keluar pada waktu malam Ketam Kelapa merupakan haiwan dari keluarga Umang-Umang yang merupakan antara spesis ketam paling besar di dunia. Semasa kecil perilakunya sama seperti umang-umang, namun setelah bermula hidup di daratan ia mampu membesar sehingga 1 meter ( kaki ke kaki ) dan menjangkau berat 40 kg.

Silap Besar Jika Anda Beranggapan Bahawa Saiz Ketam Ini Adalah Kecil, kalau ingin melihat ketam ini di habitat semula jadinya datanglah ke Semporna untuk melihat Ketam Kelapa / Coconut Crab secara lebih dekat, dan elakkan diri daripada memakan haiwan ini yang sedang terancam pupus dan dilindungi.

Komen

Terbaru Lebih lama