Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Erti Dan Maksud Disebalik Logo Regatta Lepa


Setiap logo yang dibuat mestilah mempunyai maksud serta pengertiannya sendiri yang ingin disampaikan kepada masyarakat umum, begitu juga dengan Logo Rasmi Regatta Lepa Semporna.

Logo, lagu dan tema dicipta khas bagi memberi imej tersendiri terhadap Pesta Regatta Lepa. Penggunaan simbol dan warna pada logo melambangkan maksud tertentu. 

Mari kita lihat apa isi serta maksud yang terkandung disebalik logo tersebut...

  • Bulatan Kuning dibelakang logo ini melambangkan Sabah merupakan negeri pertama menerima pancaran matahari, ia juga simbol kedaulatan bangsa di Daerah Semporna. 

  • Sambulayang Berwarna Merah melambangkan keberanian bangsa yang sanggup mengharungi lautan kehidupan. 

  • Lepa pula sebagai simbol kenderaan yang digunakan turun-temurun dan kekal hingga sekarang dan ia merupakan satu warisan yang sangat berharga. 

  • Kocakan Air Laut melambangkan kepayahan perjuangan sebuah bangsa untuk memartabatkan nama di persada kehidupan dan juga merupakan sumber kehidupan masyarakat di Semporna. 

  • Semi Bulatan Berwarna Kelabu menzahirkan maksud 'global' - walaupun dunia bergerak semakin pantas, namun budaya masyarakat masih kukuh dan dipusakai hingga kini. 

  • Biru melambangkan perpaduan bangsa di Semporna yang hidup harmoni dan aman sehingga mereka dapat bersepakat dan bersatu dalam menangani segala pancaroba. 

Saban tahun Regatta Lepa disambut, kini pelbagai reka bentuk logo-logo tersebut yang kita boleh saksikan berasaskan daripada tema reka bentuk asal logo di atas.

  • Pencipta Asal Logo Mohammad Adli Bin Ayob

Komen

Terbaru Lebih lama