Group Semporna Mari



Group Semporna Mari adalah sebuah kumpulan yang terdiri daripada anak-anak tempatan yang aktif dalam bidang fotografi khususnya. Selain itu kami juga aktif dalam aktiviti-aktiviti kebajikan di sekitar Daerah Semporna

Melancong sekitar pulau-pulau yang terdapat Di Semporna merupakan aktiviti sampingan yang ada dalam jadulal kami. Mula ditubuhkan sekitar tahun 2009 dan aktif sehingga tahun 2016 sebelum kumpulan ini telah dibubarkan atas beberapa sebab dan faktor.



Pada hari berlakunya kejadian Semporna diserang pihak pengganas di Kampung Simunul, laman Group Semporna Mari di Facebook telah dibanjiri oleh ramai para pengguna FB yang berkumpul bagi mendapatkan mahupun bertukar informasi untuk mengetahui perkembangan semasa, semua orang dalam keadaan berjaga-jaga dan ketakutan masa itu.

Setelah tragedi tersebut, pihak Semporna Mari mengambil keputusan untuk membuka sebuah Laman FB dikenali sebagai Page Semporna Mari yang aktif sehingga hari ini fokus dalam bidang fotografi, penulisan blog dan pelancongan. Malang untuk laman Group Semporna Mari, kami dengan rasmi telah menutup kumpulan dan laman group tersebut Group Semporna Mari

Komen

Terbaru Lebih lama