Kuih Penyaram Resepi Tradisional


Bila menyebut antara jenis kuih tradisional yang saling berkait rapat dengan masyarakat yang tinggal di Daerah Semporna, Kuih Penyaram adalah merupakan salah satu jenis kuih tradisional masyarakat Bajau dan Suluk di pantai timur Sabah khususnya.

Kuih Penyaram dibuat menggunakan bahan-bahan seperti Tepung Beras, Tepung Gandum dan lain-lain lagi. Kuih tersebut juga selalu disediakan untuk majlis-majlis tertentu contohnya Majlis Doa Selamat, Majlis Kesyukuran dan lain-lain lagi.

Dalam Perkhawinan Masyarakat Bajau dan Suluk, semasa meminang pihak perempuan akan menyatakan barang hantaran yang perlu dibawa oleh pihak lelaki semasa hari perkhawinan berlangsung dan Kuih Penyaram adalah salah satu permintaan wajib dari sebelah pihak perempuan selain Kuih Jala, Kain Putih dan lain-lain lagi.


Selalunya jumlah yang diminta adalah sebanyak 300 Kuih Penyaram. Ada banyak panggilan bagi kuih tersebut bagi masyarakat di tempat-tempat lain, ada juga yang telah menjual dan menjadikan ianya sebagai salah satu kuih komersial dalam perniagaan. 

Untuk membuat kuih ini juga amat senang dan mudah, bagi yang tidak tahu cara tetapi ingin mencuba untuk membuat kuih ini, jom kita lihat bahan-bahan yang perlu bagi menghasilkan kuih penyaram yang sedap dan enak.


Bahan - Bahan Membuat Kuih Penyaram :-
  • 500g tepung gandum 
  • 100g tepung beras 
  •  650 air (200ml air panas + 450ml air kosong) 
  •  3/4 sudu teh garam 
  •  500g gula apong/gula Melaka 
  •  Minyak masak secukupnya



Cara-Cara Menyediakannya :- 
  •  Dalam bekas, satukan tepung gandum dan tepung beras dan diayak bersama. 
  •  Dalam bekas lain, bancuh gula apong dengan 200ml air panas (boleh juga dimasak seketika untuk mencairkan gula terutamanya jika guna gula melaka) 
  • Apabila gula cair sepenuhnya bolehlah tambahkan air selebihnya. Tuang air gula apong tadi ke dalam tepung dan kacau sehingga sebati. 
  •  Masukkan garam dan kacau lagi. Tapis adunan dan perap semalaman atau biarkan selama 6-8 jam. 
  •  Panaskan minyak masak (guna api perlahan), ambil satu senduk kecil dan tuang adunan di tengah-tengah kuali. 
  •  Biarkan sehingga ia masak dari tepi ke tengah barulah diterbalikkan. Toskan minyak. Kuih ini memang digoreng satu persatu.


Komen

Terbaru Lebih lama