Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Kebun Anggur Di Semporna


Anggur ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya.

Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk, ini adalah kerana sifat semula jadi pokok anggur yang perlukan musim kemarau 3-4 bulan untuk menggalakkan ia berbunga dan berbuah.

Tanaman anggur perlukan cahaya matahari yang banyak dan curahan hujan yang kurang dari 800 mm setahun. Penyiraman atau hujan akan mengganggu kadar pengeluaran buah. Suhu yang sesuai antara 31 celsius dan suhu minima tidak kurang 21 celcius dengan kelembapan diperlukan lingkungan 75-80%

Di Semporna terdapat sebuah kebun anggur yang terletak di Kampung Kuala Bibang 16 Kilometer dari Bandar Semporna. Ianya merupakan satu-satunya kebun anggur yang terdapat di Semporna.


Pemilik kebun anggur En.Zulhamid Sahadain telah memulakan penanaman buah itu sejak tahun 1988-1990 lagi namun kerap mengalami kegagalan kerana pokok anggur yang ditanamnya agak sensitif dengan cuaca dan air.

Beliau yang tidak berputus asa telah meneruskan usahanya sehingga tahun 2009 apabila kejayaan menyerlah hingga sekarang dengan hanya bermodalkan sebanyak RM200. Buat masa ini, hasil jualan buah anggurnya memberikan pulangan serendah RM500 sebulan bagi membantu menyara ahli keluarganya.

Pelik tapi itulah yang terjadi siapa sangka dengan keadaaan muka bumi dan cuaca di Daerah Semporna yang panas dan tidak menentu anggur yang selalu ditanam di kawasan iklim sederhana boleh ditanam dan hidup subur di Daerah Semporna.

Kepada yang ingin datang melawat kebun anggur ini akan dikenakan bayaran Rm2 sahaja untuk masuk, dan ianya juga dijual kepada sesiapa yang teringin untuk mencuba rasa anggur-anggur tersebut.

Komen

Terbaru Lebih lama