Tehek-tehek yang telah siap dimasak bersama nasi dikenali sebagai Oko-Oko dan ianya adalah merupakan salah satu makanan yang unik dan jarang-jarang dikenali kecuali bagi para penggemarnya.
Rasanya yang sedikit manis bercampur masin seperti telur ikan, akan memberi pengalaman baharu kepada mereka yang buat pertama kali mencuba makanan eksotik ini.
Seakan penyediaan ketupat namun Oko-Oko ini disediakan dengan menggunakan cengkerang sejenis landak laut yang dikenali sebagai Tehe-Tehe (sejenis landak laut yang berduri pendek) berbeza dengan Tayum yang tidak sesuai untuk dijadikan Oko-Oko.
Makanan eksotik ini sangat rare kerana menggunakan bahan dan cara yang unik untuk disediakan selain jarang diketahui oleh orang ramai. Siapa sangka dengan hanya menggunakan salah satu jenis landak laut, sejenis makanan seakan pulut dihasilkan.
Cara menyediakan Tehek-Tehek
Durinya perlu dikikis menggunakan benda keras seperti sudu bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini ketika memasak. Kemudian bahagian organ dalamannya hendaklah di buang dengan menarik keluar mulutnya.
Apabila bahagian mulutnya dicungkil dan ditarik, semua organ dalamannya termasuk perut, hempedu serta kantung pasir turut keluar. Kemudian, bahagian dalam cengkerang itu perlu dibasuh bersih. Ianya akan ditoskan untuk memastikan segala kotoran tertanggal agar nasi yang dimasak nanti tidak berbau hanyir.
Beras yang siap diadun bersama garam, halia, cili dan sedikit gula akan di masukkan sehingga dua pertiga penuh dari tehe-tehe tadi. ( Beras Pulut pun boleh )
Daun kelapa atau Daun Pandan di ikat secara bersilang akan di gunakan untuk menutup lubang tempat beras di isi ke dalam tehe-tehe agar tidak terkeluar apabila direbus.
Akhir sekali, Tehe-tehe akan disusun di dalam periuk dan masukkan air sehingga ia tenggelam.Ia di masak selama setengah jam supaya cukup masak sebelum dihidangkan.
Untuk makan, kulitnya akan dipecahkan kemudian isinya akan dimakan begitu sahaja atau bersama -sama lauk-pauk lain. Nasihat min, bagi yang tidak pernah makan Oko' - Oko' ini, ada diantara mereka (Pelancong) yang pertama kali mencuba akan terasa sedikit pening (seperti makan ketam) jika berlebihan.
Catat Ulasan