Tehek-Tehek Misteri Hidupan Laut Berduri


Tehek-Tehek atau Tehe'-Tehe' adalah sejenis makanan laut eksotik yang terkenal dikalangan Bajau dan Suluk disekitar Pantai Timur Sabah. Tehe-Tehe adalah gelaran dalam bahasa bajau merujuk kepada landak laut jenis berduri pendek.

Haiwan laut ini mempunyai bentuk yang bulat dan berwarna agak kecoklatan. Ianya juga memiliki duri yang amat tajam namun lebih pendek berbanding Tayum iaitu salah satu jenis landak laut yang lain.

Tehek-Tehek adalah merupakan sejenis landak laut atau nama lainya iaitu Echinoidea banyak terdapat di lagun sekitar batu karang diperairan laut yang cetek. 


Hidupan laut ini menjadikan kawasan batu karang di perairan cetek sebagai tempat pembiakan. Ianya amat berkhasiat kaya dengan Vitamin B kompleks dan Vitamin A baik untuk kesihatan. 

Dimakan secara mentah, isinya yang lembut dan manis merupakan salah satu makanan eksotik yang digemari oleh masyarakat tempatan di Semporna terutama bagi suku kaum Bajau dan Suluk. 

Manakala kulitnya pula akan diisi dengan beras untuk dijadikan makanan yang dikenali sebagai Nasi Tehe-Teha atau Oko'-Oko'

Komen

Terbaru Lebih lama