Dikhuatiri beberapa bandar di negara ini yang terletak di kawasan rendah, terutama berhampiran pantai berkemungkinan ditenggelami air laut dalam tempoh akan datang berikutan fenomena paras air laut yang semakin meningkat akibat pemanasan global.
Dianggarkan pada tahun 2100, 12 kawasan yang didiami oleh kira-kira 2 juta penduduk akan ditenggelami air sedalam 0.25 meter sehingga 1 meter.
Jika fenomena itu berterusan secara konsisten dan tiada langkah pencegahan dirangka dari awal, 12 kawasan yang akan dijangka tenggelam adalah :-
- Batu Pahat
- Kuala Terengganu
- Klang, Selangor
- Kuala Muda, Kedah
- Meradong, Sarawak
- Batang Baram, Sarawak
- Tawau, Sabah
- Semporna, Sabah
- Lahad Datu, Sabah
- Sandakan, Sabah
- Beluran, Sabah
- Kudat, Sabah
Air Pasang Besar Semporna |
Ramalan mengenai kejadian tersebut ditemui oleh pakar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) hasil analisis data paras air laut yang direkodkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sejak tahun 2004.
Prof Ir Dr Abdul Aziz Abdul Samad yang juga Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) universiti itu berkata data paras air laut yang dianalisis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, Dr Tan Lai Wai, mendapati sejak 2004 sehingga awal tahun ini paras air laut negara meningkat secara purata 10 sentimeter (sm) setiap tahun.
Walaubagaimanapun ini adalah sekadar sebuah ramalan saja, selebihnya terletak kepada ketentuan yang MAHA KUASA. Kepada pihak berwajib diharap akan ada wujud langkah-langkah awal bagi masa jangka panjang untuk memastikan perkara ini ditanggani secara berhemah sebelum ianya terlambat.
Catat Ulasan