Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Pertunjukan Kereta Lepa Berhias - Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur


Sukan SEA edisi ke-29 yang berlangsung pada 30 Ogos 2017 secara rasminya telah dibuka dalam satu majlis pembukaan yang penuh gemilang di Stadium National Bukit Jalil.

Upacara berwarna-warni itu telah menerapkan kebudayaan dan keunikan yang menjadi lambang kebanggaan kepada kira-kira 32 juta jumlah penduduk di negara ini.

Namun tahukah anda pada hari yang penuh sejarah dan gemilang tersebut, kira-kira 1 minit 3 saat terdapatnya pentunjukan "Kereta Berhias Lepa'' yang melakukan persembahan dihadapan kira-kira hampir 80,000 para penonton pada hari tersebut.



Diiringi dengan lagu rakyat "Rasa Sayang", terdapat 5 buah Kereta Berhias Lepa kesemuanya yang dihiasi dengan lampu dan sambulayang yang cantik selain adanya ratu lepa yang membuat persembahan "Igal" diatas lepa-lepa tersebut.

Perasmian temasya dwi tahunan yang bertemakan 'Bangkit Bersama' itu berlangsung dengan penuh pertunjukan warna-warni yang menonjolkan kepelbagaian budaya dan kesenian tempatan di negara Malaysia khususnya.

Secara tidak langsung ianya turut membanggakan penduduk yang tinggal di Daerah Semporna kerana perahu lepa yang digunakan oleh masyarakat bajau ini merupakan salah satu simbolik yang amat penting didalam budaya dan imej Daerah Semporna itu sendiri.

  • Sumber Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur RTM

Komen

Terbaru Lebih lama