Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Tentang Dewan Masyarakat Semporna

Sebelum dikenali sebagai Dewan Masyarakat Semporna, ianya dulu dikenali sebagai Dewan Masyarakat Datuk Haris yang dibina semasa pemerintahan dibawah kepimpinan Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris bin Mohd Salleh iaitu sewaktu Sabah dibawah pentadbiran Parti Berjaya 1976-1985.

Dewan ini pada awalnya diberi nama sempena nama yang diambil dari Datuk Harris, setelah UMNO menguasai bumi Sabah perubahan pentadbiran Sabah terus berubah termasuk corak pembangunan dan kemajuan disetiap daerah di Sabah pada umumnya.



Perubahan itu amat terkesan pada daerah semporna menyebabkan nama dewan tersebut akhirnya ditukarkan kepada Dewan Masyarakat Semporna.

Dewan ini pada hari ini sekali lagi telah ditukar nama menjadi Dewan Arena Masyarakat Semporna
Pertandingan sukan seperti batminton, bola jaring, takraw, bola tampar, seni bela seperti tae kwon do dan silat juga selalu diadakan disini.

Selain tempat sewa untuk sukan batminton, dewan ini masih berfungsi sebagai tempat untuk majlis-majlis umum seperti perkhawinan, majlis ilmu agama dan pelbagai program lain.

Komen

Terbaru Lebih lama