MAAF WEBLOG INI SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU...

Anak Penyu Berkepala Dua Di Semporna


Seekor anak penyu hijau yang baru menetas dikesan memiliki dua kepala ketika mahu dilepaskan ke laut di pusat penetasan penyu di Pulau Mabul Semporna.

Fenomena yang dianggap pelik itu berlaku di pusat pembiakan penyu, Mabul Turtle Hatchery yang diurus SJ SEAS iaitu sebuah badan pemuliharaan di bawah Scuba Junkie (SJ). 

Anak penyu itu adalah seekor daripada 93 anak penyu yang dilepaskan dari satu sarang di pusat berkenaan.


Hasil daripada pemeriksaan telah mendapati bahawa kedua-dua kepala penyu tersebut bernafas secara berasingan.

Keduanya bertindak secara spontan dan berasingan, kepala kanan kelihatan mengawal sirip kanan depan, manakala kepala kiri mengawal bahagian sirip kiri depan. Namun, ia tetap mampu untuk mengawal pergerakan untuk berjalan dan berenang.

Pemerhatian juga mendapati ketika berada di dalam air, satu daripada kepalanya tidak dapat keluar dengan baik untuk bernafas.


Kejadian ‘dicephalisme’ iaitu mempunyai dua kepala adalah sangat jarang terjadi, namun kes sama pernah dikesan di Pulau Redang, Terengganu pada 2014 namun penyu terbabit mati akibat ‘pneumonia’ selepas kira-kira tiga bulan ditetas. 

Malangnya, penyu seperti ini tidak mampu hidup di habitat liar. Bagi spesimen ini, cengkerang bawahnya tidak berkembang atau tertutup sepenuhnya.

Berikutan itu, anak penyu terbabit disimpan untuk pemerhatian oleh ahli biologi dan Warden Kehormat JHLS di Pusat Rehabilitasi Penyu Pulau Mabul.

⚠️ Penyu hijau dan penyu karah dilindungi oleh undang-undang di Sabah dan diletak di bawah Jadual 1, Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 ⚠️ 

Post a Comment

Terbaru Lebih lama