Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Umagad - Gangguan Jin Dan Roh


Ia adalah lantunan suara yang muncul tanpa empunya suara, maksudnya fenomena yang ganjil kedengaran sehingga pendengar khayal atau berhalusinasi ketika menikmati lantunan tersebut.

Umagad sebagai sebuah entiti supernatural boleh dianggap sebagai gangguan jin atau mungkin disebabkan masaalah kesihatan mental. Mangsa selalunya akan mendapatkan rawatan dengan perubatan alternativ seperti Ruqyah - Perubatan Islam atau berjumpa pakar-pakar kesihatan seperti pakar Psiciatry untuk tujuan perubatan kerana di khuatiri jika dibiarkan mangsa boleh menjadi gila.

Diceritakan, Umagad ini menurut orang kampung adalah gangguan dari alam ghaib berupa suara seakan " Maglugu " untuk menarik perhatian dan fokus mangsa ke dalam alam khayal. Dalam erti kata lain mangsa tidak akan nampak sesiapa tetapi hanya akan mendengar syair-syair lugu'nya.


Apabila mangsa mengikuti rentak lagu lugu (syair) Umagad, maka dia akan menjadi khayal dan berhalusinasi dimata orang lain namun hakikatnya mangsa sebenarnya telah memasuki dimensi alam khayal (umpama di Pugay / Pukau tanpa ada orang memukau)

Ada beberapa mangsa yang menceritakan pengalaman mereka dimana mangsa yang berada diluar halaman rumah tiba-tiba hilang fokus dan hanya terdengar suara lugu. Mangsa tidak dapat bergerak dan cuba mencari dari mana arah datangnya suara tersebut tetapi tidak melihat sesiapa.

Pandangan mangsa juga menjadi kabur dan ingatannya semasa kejadian seperti ingat dan tidak ingat. Mangsa selalunya akan menjadi tidak siuman dan apabila sedar mereka akan merasa sangat takut serta trauma apabila teringat dan terngiang-ngiang suara lantunan lugu yang dinyanyikan oleh Umagad.

Khayal disebabkan Umagad adalah berbeza dan selalunya untuk memulihkan semangat mangsa haruslah mendapat pengawasan daripada ahli keluarga agar tidak lagi diganggu oleh Umagad

  • ✍🏼 Penulis Asal Mohd Fatnin Abd Basa

Komen

Terbaru Lebih lama