Elakkan beli, makan atau tangkap Parrotfish (Scaridae) ataupun nama melayunya Ikan Bayan. Orang semporna panggil Ikan Batu atau Ikan Ogos.
Kerana ikan ini walaupun sedap dimakan namun ramai yang tidak tahu sumbangan dan kepentingan jenis ikan ini terhadap ekosistem laut dan terumbu karang.
Ikan bayan mempunyai bentuk mulut bermuncung dengan gigi yang khusus untuk memakan rumpai-rumpai laut (algae) dan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup.
Ikan Bayan menghabiskan 90 peratus waktunya dengan memakan rumpai di permukaan coral dan karang yang sudah mati. Hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir. Dan mampu menghasilkan 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya.
Ikan Ogos Penting Terhadap Ekosistem Terumbu Karang
Ikan yang dikenali sebagai Ikan Ogos atau Parrotfish ini merupakan spesis penting untuk melindungi ekosistem terumbu karang.
Ikan jenis ini banyak hidup dan tinggal di sekitar terumbu karang. Ikan ini memainkan peranan penting dan besar dalam mengawal keseimbangan dan kesihatan ekosistem terumbu.
Ia akan makan lumut dan rumpai yang tumbuh di sekitar terumbu karang. Tanpa kehadiran ikan ini, rumpai laut yang merimbun akan menyebabkan terumbu karang terlindung dari cahaya matahari dan seterusnya menyebabkan kematian batu karang.
Kajian dari Institut Oceanografi Universiti California mengesahkan bahawa , apabila semakin banyak spesis ikan pemakan alga seperti ikan bayan, karangan laut akan tumbuh dengan lebih cepat.
Fakta Menarik Tentang Ikan Ogos
Melindungi Terumbu Karang
- Ikan ogos membantu menjaga terumbu karang dengan memakan alga yang dapat merosakkan karang.
- Ianya menghabiskan 90% waktunya dengan memakan rumpai di permukaan batu karang yang sudah mati
Warna-Warni
- Tubuh ikan ogos berwarna-warni, termasuk biru, hijau, kuning, dan merah jambu.
Gigi Khas
- Ikan ogos mempunyai gigi unik yang membentuk seperti paruh, berguna untuk mengikis alga dan membentuk pasir karang.
Kokon Mukus Ketika Tidur
- Pada malam hari, ikan ogos membuat kokon mukus iaitu gelembung lendir untuk melindungi diri dan menyamar bau dari pemangsa.
Najis Menghasilkan Pasir
- Hasil buangan (tahi) ikan ini dikeluarkan dalam bentuk pasir dan mampu menghasilkan kira-kira hampir 100kg pasir setahun sepanjang hayatnya.
Ikan ogos jantan sering berwarna lebih menyerlah berbanding betina, dan perbezaan ini berkaitan dengan tingkah laku pembiakan dan kehidupan sosial mereka.
Memang betul ramai yang kata ikan ini sedap dimakan, di Semporna ikan ini adalah salah satu jenis ikan yang terkenal, dijual dan dihidangkan dengan cara dipanggang atau dibakar.
Walaubagaimanapun terdapat pihak yang mempertikaikan agar perlu untuk mengambil serius perkara ini dan menyuntik kesedaran kepada nelayan dan para pemancing akan pentingnya ikan spesis ini dalam melindungi ekosistem terumbu dan laut bagi mengelak berlakunya kekurangan jumlah Ikan Ogos di masa akan datang.
Catat Ulasan