Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Cerita Rakyat Semporna - Lamber Susu Pahlawan Pulau Sembilan Di Pulau Denawan


Tersebutlah kisah apabila sepasang suami isteri itu telah mendapat anak, mereka menamakan anak lelaki mereka dengan nama Danau kerana di pulau itu terdapat sebuah danau yang luas. Nama Danau itu semakin lama berubah menjadi Denawan mengikut dialek bahasa Filipina, lalu mereka menamakan pulau itu sebagai Denawan.

Pulau Denawan yang letaknya tidak jauh dari Pulau Marabatuan dan Pulau Payungan ini memiliki kisah sejarah dan mitos yang sangat menarik. Konon cerita pendeknya pada zaman penjajahan dulu bahawa Pulau Denawan, Payungan, Pulau Batu Besar dan Pulau Batu Kecil lainnya itu saling menyambung dengan Pulau Marabatuan yang ada ditengahnya.


Dimana saat itu Pulau Denawan menjadi pusat pertahanan memiliki seorang pelindung yang bernama "Lamber Susu". Beliau merupakan salah seorang pahlawan bagi Pulau Sembilan yang memiliki jasa yang sangat besar pada waktu itu bukan saja di kawasan tersebut tetapi terhadap para penduduk dan sekitarnya.

Bersama pasukannya yang gagah berani mereka telah melawan dan mempertahankan tempat mereka dari penjajah untuk sekian lama walaupun pada akhirnya beliau telah gugur di medan pertempuran. Jasa beliau tidak akan pernah dilupakan bagi masyarakat pulau tersebut.


Adapun makam beliau sendiri itu terletak di Pulau denawan dan dijadikan sebagai sebuah makam keramat bagi para penduduk disekitar pulau tersebut. Selain itu di Pulau Denawan ini juga memiliki sebuah danau yang cukup luas yang terletak di tengah-tengah pulaunya. 

Dari keadaan itulah sehingga pulau tersebut diberikan nama " DANAU ONE " tetapi masyarakat di kawasan berkenaan lebih mengenali pulau ini dengan nama "DENAWAN Atau DANNAWAN".

Pulau Denawan menurut Abdul Ghani Mahajud, mula dihuni sejak tahun 1911 oleh sebuah keluarga daripada Filipina. 

  •  Sumber Penduduk Pulau Denawan & Encik Abdul Ghani Mahajud

Komen

Terbaru Lebih lama