Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Sebuah Lagi Masjid Baru Bakal Dibina Di Semporna


Selepas Pembinaan Masjid AR Rahman yang terletak di tengah-tengah Pekan Semporna pada tahun 1937, sebuah lagi masjid baharu bakal dibina di daerah ini setelah perlaksanaan fasa 1, melibatkan pembinaan tapak masjid seluas 5 ekar dengan kos sebanyak 7.5-juta ringgit siap 95-peratus.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pembinaan tapak Masjid Pekan Baru Semporna bagi fasa 2 yang melibatkan keluasan 16-ekar dengan kos sebanyak 27-juta ringgit akan memulakan kerja-kerja meratakan tanah pada bulan ini selepas mendapat kelulusan laporan Environment Impact Assesment.



Beliau berkata, pihaknya juga akan merancang kesesuaian pembinaan masjid berkenaan selain Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) akan memberikan perincian mengenai cadangan-cadangan yang sewajarnya dilaksanakan dan juga nasihat daripada pengerusi dakwah daerah iaitu Pegawai Daerah Semporna.

Katanya, pembinaan tapak ini juga bukan sahaja untuk pembinaan masjid, malah ia juga boleh menyediakan frasarana yang lain pada masa hadapan termasuk pembinaan sekolah, pusat-pusat kegiatan dakwah dan boleh dijadikan pusat islam untuk seluruh kawasan Semporna.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas melakukan lawatan tapak Pembinaan Masjid Pekan Baharu Semporna.

  • Sumber RTM Sabah

Komen

Terbaru Lebih lama