Pasang Iklan Di Sini...

Biar Betul, Sepotong Daging Rm 300 ?


Budak kampung dari Semporna kali ini ingin menyantap sebuah hidangan bukan kaleng-kaleng untuk para marhaen di luar sana.

Sepotong daging yang boleh mencecah harga ratusan ringgit, namun golongan b40 macam Min ðŸ‘¤ mahu juga merasa apa yang membezakan daging berharga ratusan ringgit ini dengan daging yang selalu kita makan tu.

Jadi ringanlah kedua kaki Min ðŸ‘¤ untuk datang melihat sendiri ke salah sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan 'Beef Steak The Wagyu' iaitu di Me'nate.


Okay, untuk pengetahuan korang daging-daging mentah terdiri daripada Wagyu Rib Eyes, Black Angus Striploin, Beef Rib, Lamb Rib dan lain-lain lagi ada dijual mentah di sini dan boleh dibeli kemudian di masak untuk dihidang terus kepada kita. Menarik bukan....

Selain itu, ada juga menu lain yang turut disediakan di sini bagi yang ingin menjamu selera selain wagyu. 

Bagi Min ðŸ‘¤ kedai ni memang top 10/10 selain sedap, servis & layanan baik, cepat, bersih, dan ada kelas tersendiri yang buat korang rasa selesa untuk makan di sini.


Habis menjamu selera, macam biasalah bila part lihat resit memang liat sikit mahu bayar bila tengok jumlah macam mahu terkeluar biji mata Hahaha penyakit di cari sendiri.

Tapi sebenarnya ini memang adalah everage harga untuk daging ini bukan sahaja di Me'nate kerana daging-daging tersebut di import dan setiap potongan, cebisan, kepingan daging tersebut adalah diambil daripada bahagian yang terbaik pada setiap satu-satu haiwan.

Fulus perlu banyaklah jawabnya, selalu makan tu mungkin x tapi bagi peminat daging-daging rare ini adalah salah satu tempat untuk korang wajib pergi. Me'nate ada banyak cawangan so bolehlah untuk datang sendiri mencuba.

Komen

Terbaru Lebih lama