Gambar tersebut telah mendapat tempat pertama di dalam pertandingan fotografi antarabangsa anjuran KLM Royal Dutch Airline sekali gus mengalahkan kira-kira 160,930 penyertaan dari seluruh pelusuk dunia.
Ianya merupakan salah satu daripada 10 gambar yang telah dipertaruhkan oleh Encik Muslianshah Bin Masrie 41 yang bekerja di Telekom Malaysia Berhad ( TM ) Tawau, Sabah.
Namun siapa sangka gambar tersebut mampu mengalahkan lebih 100,00 penyertaan dari seluruh dunia.
Beliau yang berasal dari Tawau Sabah telah aktif mengambil gambar sejak dari tahun 2009 lagi selain gemar memasak, berkebun, dan melancong bersama isterinya. Menurutnya kemenangan tersebut menjadi pencetus untuk dirinya menyertai pertandingan-pertandingan lain yang dianjurkan kelak.
Gambar tersebut akan dijadikan sebagai tag bagasi Flying Blue oleh syarikat penerbangan berkenaan di seluruh dunia bersama-sama gambar yang memenangi tempat kedua dan ketiga.
- Gambar Encik Muslianshah Bin Masrie
Catat Ulasan