Ditubuhkan sejak tahun 1940-an, kedai ini telah diteruskan oleh generasi keempat keluarga Lee iaitu Lee Sui Kong, 58, bersama dua anaknya yang juga generasi keempat, menjadikannya salah satu kopitiam tertua dan paling ikonik terdapat di Semporna.
Sejarah dan Suasana
Kedai ini beroperasi sejak tahun 1950-an dan masih mengekalkan struktur bangunan asal yang pernah terbakar dan dibina semula pada tahun 1950-an.
Reka bentuk dalaman yang kekal sejak zaman British menampilkan gambar-gambar lama Semporna, memberikan suasana nostalgia yang menarik membolehkan pelanggan melihat sendiri keadaan pekan itu pada zaman dahulu.
Mempunyai keistimewaan tersendiri kerana rekaan dan struktur bangunan lama masih dikekalkan sehingga sekarang, suasana kedai lama membuatkan kedai ini menjadi tarikan pengunjung yang bertandang.
Menu Klasik dan Istimewa
Cham Chuan Kee sangat terkenal dengan roti bakar tradisional yang dipanggang di atas api, menggunakan resepi turun-temurun.
Semua bahan membuat roti bakar termasuk roti dan kaya dibuat dengan menggunakan resepi tradisi.
Doh roti juga dibuat dengan menggunakan tangan bagi memastikan ‘sentuhan manusia’ masih ada dalam pembuatan roti berkenaan.
Antara menu popular termasuklah...
- Roti Kahwin (roti bakar dengan kaya dan mentega)
- Roti Kahwin dengan Keju
- Roti Kahwin dengan Ham Ayam, Telur Goreng & Sosej
- Roti Canai
- Mee Goreng Ayam
- Nasi Goreng Ayam
- Kopi O, Teh Tarik, Milo Nai, dan pelbagai minuman lain.
Jika anda berkunjung ke Semporna, Kedai Kopi Cham Chuan Kee adalah destinasi yang wajib dikunjungi untuk merasai hidangan tradisional dalam suasana yang penuh sejarah.
Kini kedai ini mempunyai cawangan kedua yang dikenali sebagai Cham Chuan Kee 2 yang terletak di Lot C1 Semporna Resort Sea Front Township, Semporna 91308 Malaysia.
Catat Ulasan