Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Singgah Sekejap Review Di Restoran Seri Semporna

Hari ini tergerak hati dengan sedikit masa yang terluang untuk singgah sebentar ke Restoran Seri Semporna yang terletak diantara deretan kedai di Jalan PSJ 8/12a Sunway Mentari di Petaling Jaya.

Dari jauh kelihatan seperti restoran-restoran lain yang menawarkan masakan panas dan hidangan makanan laut segar.

Namun sebaik sahaja pelanggan melangkah masuk ke dalam restoran dan meneliti menu, ada kelainannya kerana ianya menawarkan pelbagai jenis makanan tradisi dan eksotik masyarakat Bajau mahupun Suluk dari Pantai Timur Sabah.



Bagi orang Pantai Timur Sabah yang berada di perantauan, ini adalah salah satu restoran yang mampu mengubati kerinduan korang terhadap makanan dan masakan tempatan.

Menurut pemilik Restoran Seri Semporna yang dikenali sebagai Kak Azreen, punca utama dirinya membuka restoran ini adalah ingin membawa Semporna ke Kuala Lumpur. 

Jesteru tidak hairanlah nama restoran ini diambil daripada nama tempat kelahirannya itu sendiri iaitu Semporna.


Di sini, ianya memperkenalkan pelbagai jenis juadah dari Sabah secara amnya, oleh itu tidak hairanlah selain menyediakan makanan eksotik dan tradisi dari Semporna, di restoran miliknya juga terdapat barangan runcit produk dari Sabah turut dijual.

Apa yang lebih menarik di sini juga ada dijual Buah Tarap, Ikan Bilawis, Ikan Uji Rashid, Tiula Itum dan lain-lain lagi.

Kicap Manis, Mee Udang dan banyak lagi membuatkan restoran ini hampir lengkap dengan jualan barang dapur, kuih muih dan resepi makanan-makanan dari Sabah.


Kepada yang sudah terbiasa makan-makanan eksotik dan tradisi dari masyarakat bajau dan suluk dijual dengan harga yang murah. Disini harganya berbeza sedikit maklumlah jauh dari tempat asal.

Mungkin disebabkan kos untuk membawa bahan-bahan tersebut yang tidak terdapat di semenanjung Malaysia seperti Ikan Buntal, Tarap, dan lain-lain lagi selain daripada keseimbangan harga pasaran dan ekonomi semasa.


Masa Untuk Review Pula

Ermm okay… ini pula review seikhlas hati dari SM tau. Kalau ada kurang atau tersalah tolong maafkan. Hasil daripada pengalaman sendiri sewaktu menjejakkan kaki pertama kali ke Kedai Seri Semporna.

Semua makanan di sini memang superb sedap, keaslian masakan dan penyediaan setiap makanan memang sama seperti yang asli.

Kadang, sewaktu kita makan tu macam terasa kita berada di kampung halaman pula.



Untuk order pun senang, perkhidmatan menu atas talian ada disediakan so korang bolehlah terus buat tempahan dekat aplikasi tu melalui kotak scan yang disediakan.

Cuma part harga tu boleh tahanlah juga, tapi bila difikirkan kalau kita sendiri bawa dari Sabah pun sama juga mahalkan lain lagi kalau dibuat sendiri bagus kalau sedap 😂 Hahaha...

Boleh dikatakan semua jenis lauk pauk Bajau dan Suluk ada disini, termasuk kuih muih, buah-buahan, pelbagai jenis ikan dan barang-barang rare yang selalu kita gunakan di Sabah.



Parking senang, kedai bersih, layanan pun okay ye lah memandangkan di sini semua order atas taliankan, kalau di Semporna nah selalunya ada pelayan datang bertanya mau makan apa kau kunun.

Setelah selesai makan, perut pun sudah kenyang apalagi bayar dan chawlah. Sebelum berangkat pergi kami sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada Kak Azreen kerana sudi layan karenah genk SM. Entah dia kenal ke tidak Hahaha kesian ndak famous.

Semoga berjumpa lagi, ntah bila lagi dapat kemari. Apapun memang terbaik.

Komen

Terbaru Lebih lama