Pasang Iklan Di Sini...

Alamak, Iklan Adsense Dilumpuhkan Sementara Waktu di Semporna Mari ?


Google Adsense baru-baru ini telah mengeluarkan satu peringatan kepada Min, bahawa selepas ini weblog Semporna Mari sebelum ini yang mampu menyiarkan iklan dari pihak adsense akan di lumpuhkan sementara waktu daripada melakukan hal sedemikian. Alamak apahal, apa kes pula ni…

Ok,,, sebenarnya macam ni, Google Adsense melalui email notification yang Min terima bebaru ni memaklumkan bahawa tindakan tersebut adalah bersifat sementara sahaja. Fuhhh Nasib baik...

Untuk menggunakan semula khidmat iklan Adsense di dalam weblog Semporna Mari, Min WAJIB untuk mengisi sedikit maklumat penting tentang maklumat diri Min seperti nama penuh dan yang paling penting adalah alamat tempat tinggal semasa.

Ini adalah kerana setelah selesai mengisi maklumat di dalam bahagian yang disediakan oleh pihak Adsense, sepucuk surat yang mengandungi No Pin akan segera di hantar ke alamat tempat tinggal semasa Min ( kita ) bagi mengesahkan pemilik akaun Adsense adakah masih lagi wujud dan aktif.


No pin tersebut adalah rahsia dan sulit, kemudian ianya akan di isi di ruangan permintaan No Pin untuk langkah-langkah pengesahan seterusnya

Haaa,,, setelah selesai dalam beberapa minit kemudian Weblog Semporna Mari kembali semula boleh untuk memaparkan iklan dari pihak Google Adsense.

Noted :- Pastikan korang isi dan letak alamat tempat tinggal semasa korang tau, jangan letak alamat tempat tinggal lama yang mana nanti surat yang dikirim oleh pihak adsense tidak sampai diterima tempat korang.

Sebab no pin di dalam surat tu sangat penting, selagi no pin tu korang x terima dan diisi untuk lengkapkan borang online pihak Google Adsense, selagi itulah weblog, website atau apa apun laman sesawang korang tidak akan dapat memaparkan iklan adsense.

Bagi yang tidak tahu Adsense tu apa boleh baca di sini :-

Komen

Terbaru Lebih lama