Galeri Warisan Semporna


Terdapat sebuah bangunan lama berupa seakan pondok kecil yang dikenali sebagai Galeri Warisan Semporna.

Bangunan ini telah lama dibina dan merupakan salah satu bangunan tinggalan penuh sejarah yang terdapat di Daerah Semporna selain daripada menara kubu yang terletak berhampiran taman umum pekan Semporna.

Galeri Warisan Semporna ini sekian lama telah wujud dan beberapa kali diguna pakai sebagai pejabat khusus untuk jabatan-jabatan kerajaan yang pernah beroperasi di dalamnya seperti Perpustakaan Awam Semporna, Pejabat Rela Semporna dan lain-lain lagi.


Dulu bangunan ini dan sekitarnya juga adalah merupakan markas operasi utama untuk ibu pejabat Balai Polis Semporna sejak zaman British lagi bersebelahan padang Pekan Semporna selain merupakan Pejabat Daerah Semporna pertama yang menempatkan PPD Daerah Semporna.

Setelah jabatan-jabatan kerajaan tersebut berpindah ke bangunan baharu, bangunan ini telah diwartakan sebagai muzium mini awam Daerah Semporna yang dinamakan sebagai Galeri Warisan Semporna dimana ianya menempatkan perlbagai barang-barang pameran termasuk tembikar, gambar lama dan lain-lain lagi.

Di sini juga kita dapat melihat replika Perahu Lepa yang dipamerkan akan tetapi setelah sekian lama ianya telah menjadi sebuah bangunan yang tinggi nilainya namun terbiar tidak terurus.


Pada 4 Disember 2022 bangunan sejarah ini telah terbakar dan punca kebakaran tidak diketahui. Ianya merupakan satu kerugian yang besar buat penduduk di Daerah Semporna apabila satu-persatu khazanah peninggalan sejarah di Daerah Semporna hilang dan tidak terjaga.

Bangunan ini juga menyimpan banyak sejarah yang mengisahkan permulaan perjalanan pemimpin tempatan iaitu Tun Sakaran Dandai yang mula berkhidmat sebagai Ketua Kerani, kemudian menjadi pemimpin tempatan, seterusnya menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah.

Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Muzium negara dan Jabatan Warisan Negara dikhabarkan akan mengambil tindakan susulan untuk membangunkan semula muzium ini memandangkan ianya bangunan bersejarah yang sudah wujud sejak zaman penjajahan British dan ia juga sudah telah dinaik taraf oleh Jabatan Warisan Negara sebelumnya.

Komen

Terbaru Lebih lama