Pagkanduli


Pagkanduli merupakan sebuah ritual tahunan berupa menghantar sembah atau sajian kepada semangat laut atau dipanggil sebagai Tuan Laut dengan kepercayaan bahawa mereka akan dibalas dengan bentuk hasil tangkapan hasil laut yang lumayan dan tidak akan menggangu nelayan-nelayan (Bajau) yang bekerja atau berlayar di lautan.

Ritual ini dipersembahkan dengan menyediakan sajian berupa muzik dari Kulintangan dan Tarian Tradisional (Igal) oleh Jin Denda (Perempuan) dan Jin Lella (Lelaki) dengan di iringi pelbagai jenis muzik atau Titik dan Igal.

Jin Denda akan menarikan Igal Limbayan manakala Jin Lella akan menarikan Igal Jin.

Pagkanduli akan diakhiri dengan permainan-permainan tradisi seperti Magbesot Kallat (Tarik Tali), Mag-Sipa (Sepak-Sepak) dan Mag-Dundang (Bermain Buaian) Kesemuanya dipercayai merupakan permainan kegemaran Muhammad Susulan (Tuan Laut), Dayang Mangilai (Isteri Tuan Laut) dan anak-anaknya.

Pagkanduli selalunya disambut di Sikulan Tawi-Tawi dimana penduduk tempatan akan pergi menyambut ritual tersebut disana berhampiran Pohon Dangkan di pantai yang berhampiran menghadap lautan Sulu.

Walaubagaimanapun hari ini disebabkan beberapa faktor seperti ekonomi, keselamatan dan kepercayaan hukum Agama Islam ritual ini tidak disambut lagi oleh majoriti masyarakat di Daerah Semporna.

  • ✍🏼 Penulis Asal Hanafi Hussin

Komen

Terbaru Lebih lama