Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Penyu Kepala Dua Di Semporna


Daerah Semporna sekitar tahun 2019 pernah dikejutkan dengan berita terdapatnya seekor anak penyu yang mempunyai dua kepala.

Jarang sekali berlaku namun inilah yang telah terjadi dimana seekor anak Penyu Hijau yang berkepala dua telah menetas di Pusat Pembiakan Penyu, Mabul Turtle Hatchery yang diuruskan SJ SEAS, iaitu badan pemuliharaan di bawah Scuba Junkie ( SJ ) di Pulau Mabul.

Penemuan tersebut telah mengejutkan ramai pihak yang terlibat dalam program pemuliharaan penyu di Sabah. Malangnya, dilaporkan penyu kepala dua ini tidak mampu hidup di habitat liar.

Bagi spesimen ini, cengkerang bawahnya tidak terbentuk sepenuhnya. Pemerhatian juga mendapati ketika berada dalam air, satu daripada kepalanya tidak dapat keluar dengan baik untuk bernafas Kedua-dua kepala anak penyu itu bernafas berasingan.


Ia juga bertindak secara spontan secara berasingan. Kepala kanan kelihatan mengawal sirip kanan depan, manakala kepala kiri mengawal sebelah kiri. Sebelum ini, kes yang sama pernah dikesan di Pulau Redang, Terengganu pada 2014 namun penyu terbabit mati akibat Pneumonia selepas kira-kira tiga bulan ditetas.

Penetasan anak penyu berkepala dua ini boleh berlaku disebabkan faktor genetik, penyu dua kepala dipanggil Bicephaly atau Dicephalism ini jarang sekali berlaku dan faktor genetik mungkin memainkan peranan penting dalam pembentukan penyu berkepala dua.

Berikutan itu, anak penyu terbabit disimpan untuk pemerhatian oleh ahli biologi dan Warden Kehormat JHLS di Pusat Rehabilitasi Penyu Pulau Mabul.

Penyu Hijau dan Penyu Karah dilindungi oleh undang-undang di Sabah dan diletak di bawah Jadual 1, Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

  • Sumber Gambar Scuba Junkie

Komen

Terbaru Lebih lama