Sebagai contoh jika di Pulau Pinang sebutan untuk Sekupang adalah mewakili 10 Sen, begitu juga dengan pilak iaitu
1 Pilak @ Esa Pilak (Suluk) @ Isa Pilak (Bajau)
bersamaan dengan RM 1.00 iaitu bersamaan dengan nilai matawang negara Malaysia pada hari ini.
Pilak mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat suku kaum Suluk dan Bajau, ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Pilak Merujuk Kepada Pendatang Tanpa Izin
Terdapat segelintir kelompok di Sabah, mengggunakan istilah ‘Pilak’ secara pejoratif untuk merujuk kepada pendatang tanpa izin dari Filipina, khususnya dari kawasan seperti Sulu, Basilan, Tawi-Tawi, dan Mindanao. Istilah ini dianggap sebagai slur etnik yang menyinggung dan sering dikaitkan dengan stereotaip negatif terhadap komuniti tersebut.
Ia adalah satu method penghinaan kepada sesama manusia dilaungkan oleh orang yang tidak kenal budaya sesuatu bangsa dan penyebutan itu dilafazkan kerana kebencian, dendam dan buta sosiobudaya. Ia adalah panggilan PEJORATIF dan berbau RASISME.
Dalam kebanyakan kes, pihak yang menyebut Pilak bermaksud negatif ini adalah mereka yang merasa bangsa mereka sebagai bangsa asal di Borneo Utara manakala pihak yang dipanggil Pilak itu pula ialah mereka yang dianggap sebagai penghijrah dari tanah seberang.
Perkataan Pilak menjadi lebih buruk impaknya apabila konotasi politik mengeksploitasi istilah ini. Dalam erti kata lain gelaran ini diberi oleh golongan-golongan yang tidak bertamadun, tidak berilmu serta tidak beradab.
Implikasi Penggunaan
Walaupun istilah ini digunakan secara meluas dalam pertuturan harian di Sabah, ia dianggap sebagai istilah yang menghina dan bersifat perkauman.
Penggunaannya boleh memperkuatkan stereotaip negatif dan diskriminasi terhadap komuniti yang ada kaitan dengan masyarakat dari Filipina di Sabah.
Oleh itu, adalah penting untuk berhati-hati dalam menggunakan istilah ini dan mempertimbangkan implikasi sosialnya.
Konteks Sosial
Penggunaan istilah ini mencerminkan ketegangan sosial yang wujud akibat kedatangan pendatang tanpa izin dari Filipina ke Sabah sejak tahun 1970-an, terutamanya disebabkan oleh konflik di selatan Filipina.
Kehadiran mereka sering dikaitkan dengan isu-isu seperti jenayah, persaingan dalam pekerjaan, dan tekanan terhadap sumber awam, yang menyumbang kepada sentimen negatif dalam kalangan penduduk tempatan.
Manakala kesan dan implikasi kepada masyarakat penduduk suku bumiputera Suluk & Bajau di Sabah pula telah ikut sama terpalit akibat kekeliruan yang berlaku walaupun hakikatnya masyarakat Suluk & Bajau sebenarnya telah lama wujud bertapak di Borneo Utara sebelum kedatangan pihak penjajah lagi iaitu pihak British dan Jepun.
Catat Ulasan