Maksud Dan Pengertian Perkataan Pilak


Perkataan "Pilak" bermaksud "Duit" bagi masyarakat Suluk / Bajau dimana pada zaman dahulu semua urusan perdagangan di Nusantara sehingga ke Negara China dan Timur Tengah menggunakan matawang sendiri iaitu Duit yang dipanggil 'Pilak' secara meluas selepas Sistem Barter tidak lagi diguna pakai.

Contohnya 1 Pilak = Rm 1.00

atau contoh lain Sekupang = 10 Sen (Bahasa Utara Di Semenanjung Malaysia) yang merujuk kepada jumlah duit.

Disebabkan terlalu lama menggunakan duit sebagai medium perantara dan rujukan nilai bagi harga untuk membeli sesebuah barang atau perkhidmatan maka perkataan "Pilak" terlalu sukar untuk dilupakan oleh masyarakat Suluk dan Bajau sehingga hari ini.

Sebagai sebuah kaum yang bertamadun ketika itu di kawasan atau wilayah Pantai Timur Sabah pada waktu dulu adalah lokasi utama para pedagang singgah berlayar. Secara tidak langsung telah menyuntik penggunaan sistem wang dalam urusan jual beli dan perdagangan.

Pilak Merujuk Maksud Pendatang 

Perkataan Pilak sebenarnya adalah sebuah perkataan yang telah disenaraikan sebagai sebuah Bahasa Terlarang oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ini adalah kerana terdapat maksud lain Pilak iaitu perkataan menghina bagi pendatang tanpa izin dari Negara Filipina. 

Namun perkataan ini telah mula disalahguna oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merujuk bangsa lain terutama dari Pantai Timur Sabah seperti Bangsa Suluk dan Bajau iaitu penduduk tempatan yang dilabel sama sebagai pendatang di Sabah.

Kerana khuatir kesan penggunaan ayat tersebut boleh mencetuskan perbalahan dan merosakkan keharmonian di Sabah maka perkataan tersebut telah disenaraikan sebagai Bahasa Terlarang


Apabila penjajah seperti Sepanyol dan British memperkenalkan matawang yang baru nama panggilan 'Pilak' tetap dikekalkan. 

Begitu juga dengan matawang lain seperti Ringgit, Peso dan Rupiah yang sedia ada pada hari ini tetap akan disebut sebagai 'Pilak' yang merujuk  Duit menggunakan bahasa dialeg suku kaum Suluk / Bajau.

Ianya telah menjadi kebiasaan masyarakat setempat semenjak ratusan tahun sebelum British datang menjajah dan memperkenal sistem matawang di Sabah.

Komen

Terbaru Lebih lama