Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Tentang Mola-Mola atau Ikan Sunfish


Baru-baru ini telah terjadi satu kejadian aneh dan heboh apabila sebuah video memaparkan terdapat sekumpulan nelayan di Semporna yang mendakwa telah menjumpai seekor ikan yang menurut mereka agak sedikit ganjil. Video di SINI ðŸŽ¥

Namun setelah video tersebut diteliti, orang ramai mendakwa bahawa ikan tersebut sebenarnya adalah sejenis ikan yang dikenali sebagai Mola-Mola ataupun Sun Fish. Jom kenali ikan tersebut...

Mola-Mola ialah spesis jenis ikan Genus Mola dalam keluarga Molidae Order Tetraodontiformes. Ia merupakan salah satu ikan bertulang terbesar yang wujud di dunia, ia selalunya ditemukan di perairan iklim-iklim tropika dan sederhana.

Ia memakan zooplankton seperti obor-obor dan ampai sikat. Gigi-gigi hadapan mulutnya bercantum menjadi seperti sejenis paruh. Ikan ini mempunyai pelbagai nama seperti Ikan Sunfish / Ocean Sunfish yang dipanggil oleh orang Inggeris, The Swimming Head oleh orang Jerman atau Ikan Bulan panggilan oleh beberapa negara eropah.


Nama saintifiknya adalah Ikan Mola - Mola, perkataan "Mola" sebenarnya berasal daripada perkataan latin yang bermaksud batu giling dan nama ikan ini merujuk kepada bentuknya yang kelihatan seperti cakera. Ikan ini dikenali sebagai Sunfish kerana gemar untuk berjemur dibawah sinaran matahari

Walaupun spesis ikan Mola-Mola ini bersaiz yang besar dan kelihatan menyeramkan namun ianya tidak sama sekali berbahaya terhadap manusia. Ianya hanya memakan obor-obor, ikan kecil, plakton dan alga. Pemangsa semula jadi ikan ini yang terbesar adalah jerung pembunuh dan singa laut.

Ikan ini tidak mempunyai ekor cuma mempunyai Clavus dan ianya adalah spesis ikan bertulang paling besar di dunia dimana ianya mampu membesar sehingga 3 meter dan mencapai berat melebihi 2000 kilogram. Tulang ikan ini adalah jenis rawan sama seperti spesis ikan jerung.

Ikan ini boleh ditemui banyak di perairan Indonesia dan Jepun, selain boleh ditemui di perairan tropika dan bersuhu sederhana seperti Pasifik dan Atlantik.

  • Sumber Foto Dari Google

Komen

Terbaru Lebih lama