Tiparah adalah sebuah kaca mata khas yang diperbuat daripada kayu, kaca dan tangkai tali yang digunakan semasa menyelam untuk melindungi mata dan memudahkan pemakainya semasa memburu hidupan laut ketika berada didasar lautan
Dengan penggunaannya, akan lebih mudah untuk melihat dengan lebih jelas tanpa sebarang gangguan terutama daripada kotoran-kotoran yang terdapat di dasar lautan selain menjaga kesihatan dan keselamatan mata daripada kotoran micro.
Budaya hidup, amalan dan persekitaran orang Bajau Laut turun temurun membuatkan mereka memiliki gen saiz limpa (spleen) yang besar iaitu 50% lebih besar daripada rata-rata manusia biasa. Oleh itu tidak hairanlah jika mereka mampu untuk menahan nafas sehingga 13 minit didasar laut.
Semasa menyelam mereka membawa beberapa peralatan dan kelengkapan penting yang digunakan sewaktu menangkap ikan seperti pemberat, lembing dan juga tiparah.
Tiparah berfungsi seakan Cermin Mata Selam ( Diving Mask ) namun dihasilkan secara tradisional iaitu dengan cara hasil buatan tangan.
Selalunya tiparah hanya digunakan oleh pemakainya jika berada didasar laut dalam tempoh yang lama sahaja.
- Sumber Muzium Tun Sakaran
Catat Ulasan