Gabang atau dikenali masyarakat Suluk sebagai Gabbang merupakan alat muzik yang digunakan dalam memeriahkan sebarang majlis yang diadakan seperti perkhawinan, keramaian dan lain-lain lagi. Ianya diperbuat daripada kayu bambu sebagai medium utama dalam penghasilannya dan mempunyai saiz sederhana tidak kecil tidak terlalu besar.Tidak terlalu berat dan mampu dibawa ke mana saja.
Gabbang dimainkan dengan cara mengetuk permukaan kayu bambu dengan menggunakan dua kayu pemukul kecil untuk menghasilkan bunyi sepanjang alunan muzik dikumandangkan.
Namun, akibat peredaran masa kini Gabbang sudah jarang diguna pakai di dalam kelompok alat muzik tradisional dan mula tersisih dari pengetahuan masyarakat umum. Lebih-lebih lagi pada hari ini, alat muzik tradisional itu sendiri telah jarang diguna pakai dalam majlis-majlis yang diadakan pada hari ini dan diganti dengan alat lebih moden iaitu keyboard/organ.
Anak-anak muda lebih mengenali alunan muzik tradional dialunkan bersandarkan alat muzik moden. Generasi muda haruslah mampu untuk mengenali dan memelihara adat budaya bangsa moga berkekalan seiringan dengan masa yang berlalu.

- Sumber JKKN Pemetaan Budaya 🔗
Catat Ulasan