Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Kisah Gadis Cantik Dari Umaral



Tidak banyak yang kita ketahui mahupun adanya sumber yang sahih boleh diperolehi dan ramai yang tidak tahu langsung tentang kisah gadis jelita dari Umaral iaitu "Lainah Binti Maddin".

Sedikit sinopsis salah satu kisah yang jarang didendangkan masyarakat setempat dan mula lenyap al-kisahnya ditelan zaman. Digambarkan Lainah Binti Maddin ini tersangatlah cantik akan paras rupanya.

Kulitnya yang putih, tinggi semampai, berambut panjang mengurai dan amatlah jelita. Kisah ini di petik daripada satu imbasan sejarah Imam Mallang bin Jamlang bin Ja'amuddin (1860-1980) ketika ditemuramah oleh Pegawai Daerah Semporna Tuan Peter Regis tahun 1965 berkenaan sejarah pulau Umaral.

Akibat rupa parasnya yang sungguh cantik dan menawan ramai yang ingin memperisterikannya sehingga terjadi satu peristiwa yang menggemparkan seluruh penduduk Pulau Umaral apabila Lainah Binti Maddin ini telah di culik oleh orang suruhan Sultan Bulungan untuk diperisteri.

Akibatnya perang pun berlaku di mana penduduk-penduduk Umaral dengan disertai oleh petempatan sekitar Manampilik, Rannawan, Larapan, Gusung Malanta’, Sallakan dan Kuvang telah bersatu dan datang menyerang Orang Bulungan untuk menuntut semula gadis itu.

Peperangan itu berlaku di Pulau Karindingan dimana mereka terpaksa menentang orang ‘Sigai’ yang merupakan tentera Sultan Bulungan pada waktu itu. Dalam peperangan itu menurut Imam Mallang, segala ilmu kebatinan A’a Sama telah digunakan seupaya mungkin seperti Kovol, Hopal, Kalamat, Bungkang, Pughai, Pitunang, Putika dan sebagainya untuk mendapatkan semula Lainah.

Dan akhirnya mereka telah berjaya mendapatkan semula gadis putih cantik itu lalu dikahwinkan dengan lelaki pilihannya bernama Burahan. Keturunannya ialah Barahani, Buldani, Samai, Telak dan Abbul.


Sumber :-
  • Imam Mallang bin Jamlang bin Ja'amuddin (1860-1980) ketika ditemuramah oleh Pegawai Daerah Semporna Tuan Peter Regis tahun 1965 berkenaan sejarah pulau Umaral.
  • AKTIVITI WARISAN SAMA BAHARI DI UMARAL
  • Satu Imbasan Sejarah Menurut Imam Mallang Bin Jamlang Bin Ja’amuddin
  • Tatkala Pensil Tumpul Yang Diraut Edisi Nazeka Kanasidena

Komen

Terbaru Lebih lama