Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Memburu Buku Kisah Ombak Tiga Bersaudara


Buku yang dicetak oleh Omr Press Sdn.Bhd dan diterbitkan oleh Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara iaitu buku yang bertajuk Kisah Ombak Tiga Bersaudara adalah merupakan salah sebuah buku yang SM rasakan wajib korang miliki terutama bagi mereka yang lahir dan berasal dari Semporna.

Untuk pengetahuan semua, buku ni mengandungi lebih kurang 30 pelbagai cerita rakyat yang berjaya dikumpulkan melalui sumber bertulis atau lisan. 



Ianya diperolehi daripada penyampai atau pemberi maklumat yang boleh dipercayai iaitu orang-orang lama, orang terdahulu yang mempunyai pengetahuan luas serta pengalaman tentang cerita-cerita rakyat di Semporna yang telah disampaikan sejak turun temurun.

Sebelum mengambil keputusan untuk membeli buku ini, SM sebenarnya telah pernah membuat sedikit penyelidikan dengan meminjam buku ini dari perpustakaan. Cetakan pertama buku ini adalah pada tahun 2008 jadi tidak hairanlah jika buku ini sukar untuk ditemui pada hari ini.



Untuk membeli buku ini SM terpaksa datang ke Menara TH Perdana di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Oleh kerana sewaktu menulis entry ini SM sedang bertugas di Kuala Lumpur jadi adalah juga sedikit kesempatan untuk memburu mendapatkan buku ini.

Setelah tiba kita perlulah terlebih dahulu melakukan pendaftaran di kaunter pendaftaran sebagai pengunjung, dan setelah selseai kita perlulah naik menggunakan lift ke tingkat 30 dimana kaunter urusan jual beli buku Pejabat Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara terletak. 


Kemudian kami pun berjumpa dengan Cik Mimi bukan nama sebenar iaitu salah seorang petugas yang bertugas di kaunter pertanyaan ketika itu bagaimanakah cara untuk mendapatkan buku yang kami hajati.

Syukur Alhamdulillah, tuah nasib entah dari mana pada hari tersebut pihak Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara sedang membuat promosi harga untuk buku-buku dibawah terbitan mereka. Oleh itu menurut Cik Mimi buku Kisah Ombak Tiga Bersaudara ini hanya dijual serendah Rm 9.20 sahaja berbanding harga asal iaitu Rm 23.00. 



Tujuan pencetakan dan pembukuan kesemua cerita mitos dan lagenda yang terkumpul ini sebenarnya bukan hanya kerana keuntungan duit semata namun lebih kepada memulihara bertapa bernilainya semua kumpulan cerita tersebut daripada lupus ditelan peredaran zaman.

Kita semua serta generasi akan datang wajib peka dan sedar dalam memulihara semua sejarah budaya bangsa agar tidak lupus ditelan zaman termasuklah cerita-cerita rakyat yang mungkin sudah ratusan dan ribuan tahun hidup bersama masyarakat kita.

Setelah selesai membayar, SM pun berangkat pulang dengan rasa senang dan puas hati. Buku yang sekian lama didambakan akhirnya telah menjadi salah satu koleksi peribadi. 2 Hari dari sekarang pula akan berangkat kembali pulang ke Semporna.

Komen

Terbaru Lebih lama