MAAF WEBLOG INI SEDANG DIKEMASKINI

Kehidupan Penduduk Di Persisiran Laut Semporna-1968


Berikut adalah sebuah video berdurasi selama 4 minit 26 saat yang memaparkan kehidupan seharian para penduduk yang tinggal di sekitar persisiran laut.

Dalam video ini sebenarnya memaparkan para penduduk yang tinggal di Kampung Hampalan Pulau Bum-Bum Semporna semasa Majlis Kotaun pada tahun sekitar 1968.

Video ini memberikan gambaran tentang cara hidup dan aktiviti harian mereka pada masa itu, ada yang sedang memarut ubi, buat mag tap padi, menangkap ikan, serta menonjolkan seni bina rumah atas air dan seni bina penggunaan perahu tradisional sebagai pengangkutan utama.

Jelas kelihatan juga pada minit 3.10 saat kita akan dapat melihat pulau yang menjadi kebanggaan masyarakat di Semporna iaitu Bohey Dulang "Pulau Lelaki Tua Yang Sedang Tidur" tersergam indah.


Untuk makluman kredit vedio ini diberikan 100% kepada pemilik asal iaitu MichaelRogge. Tiada pengubahsuaian berlaku terhadap video asal kecuali terdapat sedikit suntingan terhadap muzik latar.

Menurut beliau video ini telah diambil dengan menggunakan Camera Besmirched 16mm kira-kira 46 tahun yang lalu disekitar persisiran laut di Semporna, 1968.

Video ini bukan sahaja merakam cara hidup tradisional masyarakat ketika itu tetapi juga menonjolkan kebergantungan mereka kepada ekosistem marin.

Ia memberikan perspektif berharga tentang budaya dan tradisi komuniti ini sebelum arus pemodenan dan perubahan sosial berlaku.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama