MAAF WEBLOG INI SEDANG DIKEMASKINI,

BEBERAPA LAMAN ENTRY KAMI TIDAK AKAN DAPAT DIAKSES BUAT SEMENTARA WAKTU...

Perkhidmatan Feri Pertama Ke Pulau Bum-Bum Semporna


Atas daya usaha dan keprihatinan PPM Sulabayan Datuk Hj Abd Hajan Hj Gurimbang iaitu merangkap pengerusi PGRS Sulabayan telah menyediakan sebuah perkhidmatan feri yang akan beroperasi bagi menghubungkan Pulau Bum-Bum dengan tanah besar Semporna. 

Perkhidmatan ini merupakan salah sebuah projek perintis dan dijangka akan beroperasi bermula Hari Raya tahun ini. Projek yang akan memberi manfaat kepada penduduk itu dianggarkan bernilai RM5 juta.

Feri tersebut yang mampu memuatkan 8 kenderaan kecil dalam satu-satu masa akan dijangka memudahkan pergerakan kenderaan keluar masuk dari Pulau Bum-Bum ke tanah besar Semporna dan sebaliknya.


Masa operasi bermula dari jam 6 pagi sehingga 6 petang dan kadar tambang serendah Rm 30.00 bagi setiap kenderaan. Feri ini juga berkemampuan untuk menampung 4 biji lori yang mengangkut barangan runcit termasuk motorsikal.

Projek jeti bagi pendaratan feri ini kini dalam perancangan menunggu pembinaan 'landing feri' untuk siap sepenuhnya iaitu di kawasan Tampi-tampi Timbayan dan Terusan.

Untuk makluman feri ini jenis ‘Craft Tank’ dimiliki oleh Tuan Haji Masmud untuk kegunaan penduduk pulau bum-bum sementara menunggu peruntukan daripada pihak kerajaan.

Dengan wujudnya perkhidmatan ini, dijangka ianya akan merancakkan lagi perkembangan ekonomi dan sosial di Pulau tersebut selain akan banyak membantu dan memudahkan pemilik kenderaan keluar masuk dari Pulau Bum-Bum ke tanah besar Semporna.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama