Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Keburukan Dan Kesan Penggunaan Bom Ikan Terhadap Manusia & Ekosistem Laut


Memancing dengan kaedah letupan iaitu menggunakan bom ikan adalah bertujuan untuk mendapatkan ikan dengan cara yang mudah. Selalunya aktiviti haram ini dilakukan di kawasan air yang cetek.

Melihat dalam skop yang holistik, aktiviti pengeboman ikan bukan sahaja akan merosakkan terumbu karang namun ianya juga membahayakan nyawa selain memberi kesan secara langsung kepada hidupan maritim, industri perikanan dan juga pelancongan.


Bahan letupan yang digunakan dalam aktiviti bom ikan bukan sahaja membunuh ikan tetapi juga menghancurkan rangka batu karang, dan mewujudkan ekosistem karang yang tidak seimbang didalam menyokong habitat ikan.

Tahukah anda batu karang yang telah musnah berkemungkinan besar akan mati selamanya dan untuk pulih akan mengambil jangka masa yang lama iaitu kira-kira 10 hingga ke 15 tahun. 

Aktiviti pengeboman ikan adalah satu kesalahan yang amat serius di sisi undang-undang dan jika tertangkap akan disiasat di bawah kesalahan Akta Perikanan 1985 dan Akta Bahan Letupan 1957


Kesan Bom Ikan Kepada Kesihatan Manusia

Bila menggunakan bom dan sianida (sejenis racun) secara tidak langsung kesihatan manusia juga akan sedikit terganggu.

Ini adalah kerana apabila ikan terkena radiasi racun dan kita memakan ikan itu, maka racun berkenaan akan menjadi salah satu bahan yang masuk ke dalam perut kita dan mungkin akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti keracunan makanan.


Cara Untuk Mengesan Ikan Hasil Dari Penggunaan Bom Ikan.

Mengenal pasti ikan yang dijual daripada aktiviti pengeboman ikan hanya boleh diketahui apabila isi ikan kelihatan hancur selepas perut ikan dibuka.

Ramai yang mendakwa agak sukar untuk membezakan antara ikan hasil bom ikan atau tidak, namun adalah digalakkan untuk pembeli memulangkan semula ikan hasil bom ikan yang telah dibeli kepada pihak penjual semula.

Bersama-samalah kita menyahut seruan kerajaan untuk menjaga ekosistem maritim dengan tidak membeli atau menyokong mana-mana pihak yang menjual ikan hasil daripada penggunaan bom ikan.

Komen

Terbaru Lebih lama