Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Kenapa Air Laut Mempunyai Warna Yang Berbeza-Beza ?


Pernahkah korang terfikir kalau buat jelajah masuk ke pulau-pulau contohnya di Semporna, akan ada satu perasaan yang menjadikan diri kita tertanda tanya mengapa warna air laut yang kita lihat mempunyai warna yang berbeza-beza.

Kenapa air laut kelihatan berwarna biru sedangkan sejak dari kecil lagi kita tahu yang air sebenarnya tidak mempunyai sebarang warna. Bila kita melihat air yang berada didalam gelas contohnya, ianya kelihat jernih dan tidak mempunyai warna.

Kemudian kita akan mula perasan ada tempat tertentu warna air laut mempunyai warna selain biru seakan-akan warna hijau, kekuningan dan lain-lain lagi. Merungkai persoalan ini disini sedikit penerangan informasi kenapa air laut boleh mempunyai warna yang berbeza.


Kenapa Warna Air Laut Boleh Berbeza

Ianya adalah disebabkan oleh interaksi cahaya dengan bahan dan zarah di dalam air. Sebagai contoh air yang terdapat didalam gelas akan kelihatan tidak berwarna ini adalah disebabkan cahaya mampu untuk menembusi permukaan air tersebut.

Cahaya yang datang dari matahari terdiri daripada spektrum gelombang panjang yang berbeza dimana warna merah, oren dan kuning mempunyai gelombang yang lebih panjang berbanding warna biru.

Spektrum cahaya ini apabila masuk ke dalam air akan diserap dan dipantulkan. Penyerapan cahaya dilakukan oleh molekul air itu sendiri (H20) dan dipantulkan oleh bahan yang terkandung didalamnya seperti bahan terlarut dan bahan terampai seperti plankton dan tanin. 

Air tersebut akan menyerap cahaya dari gelombang yang lebih tinggi dan membenarkan gelombang biru yang lebih pendek untuk berlalu mengakibatkan beberapa sinar biru akan berselerakan di dalam air dan menjadikannya kelihatan berwarna biru.

Jenis Warna Air Laut

Melalui penjelasan diatas, kita telah mengetahui bahawa warna air dipengaruhi daripada spektrum gelombang panjang atau pendek yang dipantulkan atau diserap oleh air laut dan permukaannya.

Oleh itu disini terdapat beberapa warna dan sifat air laut yang berbeza sebagai contoh bagaimana dan mengapa warna air laut boleh berbeza.

  • Warna Biru :- Warna biru laut disebabkan oleh gelombang cahaya Ultraviolet, warna ini selalu kita temui di tepi pantai dan dalam beberapa foto serta dokumentari.

  • Warna Hijau :- Warna hijau laut disebabkan oleh proses organisma yang mengandungi klorofil. Klorofil dalam organisma di laut akan memantulkan warna hijau yang menjadikan air laut menjadi hijau.

  • Warna Kuning :- Warna ini jarang kelihatan, ianya adalah disebabkan oleh mendapan lumpur yang besar di dalam laut dimana secara tidak langsung mencipta ilusi warna kuning dalam laut.

Air Laut Berwarna Merah Sumber Google

Dalam beberapa keadaan air laut juga mempunya warna lain dan ianya janggal serta jarang berlaku dimana air laut berwarna merah terhasil daripada bunga alga yang bertukar warna daripada coklat kepada merah. Ada juga yang berwarna Ungu atau Coklat kerana kuantiti lumpur yang tinggi didalam badan air menjadikannya keruh.

Oleh itu, selepas ini kalau pertama kali datang ke Bohey Dulang, Sipadan dan lain-lain pulau contohnya, kalau korang pernah terfikir kenapa disebalik keindahan air laut kelihatan ianya mempunyai warna yang berbeza-beza semoga penjelasan ini serba sedikit dapat membantu korang.

Jikalau ada orang pernah pesan jangan ke kawasan air laut yang berwarna biru (gelap dari kawasan laut lain), semakin pekat warna birunya (biru gelap) ertinya semakin dalamlah kawasan tersebut kerana cahaya tidak dapat untuk tembus jauh ke dasar air laut dan ianya sangat berbahaya bagi mereka yang tidak tahu untuk berenang.

Komen

Terbaru Lebih lama