Ini bukan Bobohan, mempunyai banyak nama panggilan lain seperti Bot-Bot, Lubot-Lubot, jika di Filipina ianya dikenali sebagai Buli-Buli, dan di Indonesia sebagai Wako-Wako atau nama saintifiknya Anemon Laut (Sea Anemone).
Lovot-lovot/lobot-lobot adalah sejenis haiwan pemangsa invertebrata menurut laman rasmi National Geographic.
Menurut mereka terdapat lebih 1,000 spesis Anemon Laut di seluruh lautan dunia dan ianya boleh didapati dipelbagai kedalaman selain mempunyai banyak rupa yang berwarna-warni.
Namun ada juga beberapa jenis spesis Anemon Laut yang boleh dimakan seperti Bobohan dan juga Lovot-lovot.
Rupa bentuk Lovot-Lovot ini seakan-akan bunga yang terdapat didalam pasir di kawasan lagun iaitu kawasan air tenang, cetek dan pasang surut.
Badannya berwarna seperti kemerah-merahan dan cara untuk mengambilnya perlulah digali atau dikorek keluar menggunakan alat seperti sekop pasir atau parang secara berhati-hati agar tiada sisa organnya tertinggal didalam pasir.
Tidak semua Anemon Laut boleh dimakan memandangkan rata-ratanya mempunyai racun dan berbahaya untuk kesihatan manusia jika dimakan, Luvot-Luvot salah satu jenis Anemon Laut yang boleh dimakan tetapi mestilah disediakan dengan cara yang betul.
Cara Penyediaan
Setelah segar dituai dari laut, Lovot-Lovot akan dibersihkan terlebih dahulu dengan membuang sisa-sisa pasir yang melekat disekitarnya.
Kemudian ianya akan disiang dengan cara membuang sekitar bahagian kelopak bunganya/sesungutnya (Tentacle) kerana ianya tidak baik untuk dimakan (beracun dan pahit) berbeza dengan Bobohan semuanya boleh dimakan.
Setelah itu, sisa airnya akan diperas terlebih dahulu kemudian Lovot-Lovot tersebut akan dipotong-potong kecil mengikut saiz yang diinginkan dan selalunya akan dimasak tumis mengikut citarasa masing-masing. Memang sedap...👍🏼
Kadang-kala ada juga mereka yang keliru kerana jika ianya dijual di pasar basah sekilas pandang ada yang menyangka ianya Bobohan.
Di Semporna, tidak semua tempat ada menjual Lovot-Lovot ini, namun ada tempat-tempat dan masa tertentu yang masih menjual menjadikan ianya salah satu makanan RARE seperi Lokot yang sangat susah sudah untuk ditemui hari ini.
Sebenarnya untuk Anemone Laut jenis ini mempunyai banyak gelaran lain di Semporna seperti Lubot-Lubot, Kobang, Jagilang dan lain-lain lagi. Mana tahu ada yang cuba mencari tapi tidak jumpa...
barang rare nih...
BalasPadambetul kau tuan, selalu orang cerita pasal bobohan saja....
PadamCatat Ulasan