Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Masjid Ar-Rahman Semporna Dinaik Taraf

Lakaran Masjid Ar Rahman Semporna Setelah Selesai Naik Taraf & Baik Pulih

Masjid Ar-Rahman yang terletak di tengah-tengah Pekan Semporna bakal dinaik taraf serta dibaik pulih sepenuhnya kelak.

Masjid berkenaan merupakan masjid bersejarah dan merupakan masjid tertua di daerah Semporna. Ianya telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pertama Tengku Abdul Rahman Putera Al-Haj pada 20 Oktober 1967



Masjid ini adalah salah satu mercu tanda yang sangat penting bagi penduduk Semporna khususnya masyarakat beragama Islam. 

Masjid ini dijangka akan menelan kos sekitar RM6 juta sepanjang ianya dinaik taraf dan dibaik pulih. Masjid ini akan diperbesarkan seperti pertambahan ruang solat yang lebih luas bagi menampung jumlah jemaah yang kian bertambah.


Kerja-kerja naik taraf dan baik pulih akan bermula dari 22 Novermber 2019 dan mengambil masa kira-kira 2 hingga 3 tahun dan dijangka siap pada 22 November 2022

Di sepanjang kerja naik taraf dan baik pulih, sebahagian masjid ini akan ditutup dan hanya bahagian tertentu sahaja yang akan dibuka untuk orang ramai termasuk badan-badan tertentu. 

Diharapkan selepas ini jemaah yang sebelum ini terpaksa solat diluar masjid akan lebih selesa apabila siapnya masjid ini kelak.

Komen

Terbaru Lebih lama