Selamat Menyambut Regatta Lepa 2024 Kali Ke 29

Pokok Mangga Penanda Arah Kiblat


Pokok ini (dalam gambar) adalah merupakan sebuah pokok mangga reput yang dulunya telah ditanam oleh salah seorang ulama terawal di Semporna yang dikenali sebagai Imam Jayari. Ianya ditanam bagi tujuan sebagai penanda arah kiblat untuk Masjid Ar-Rahman dan orang Islam di Semporna apabila ingin menunaikan ibadah sembahyang pada waktu dulu.

Pada ketika itu, Masjid Ar-Rahman masih lagi diperbuat daripada papan dan kayu. Pokok ini kini terletak di dalam sekitar kawasan rumah YB Tun Sakaran Dandai yang merupakan mantan Ketua Menteri Sabah ke-8, Ahli Parlimen Semporna dan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dari tahun 1995-2002.

Seperti kita sedia maklum, pada waktu dulu selain penggunaan kompas orang terdahulu mengharapkan matahari dan bintang sebagai rujukan untuk mendapatkan arah kiblat. Oleh itu pokok mangga ini ditanam bagi memudahkan sesiapa yang tercari-cari arah kiblat untuk mengerjakan ibadah solat ketika sembahyang sendirian khususnya.


Dipercayai bahawa pokok ini telah berusia lebih daripada 100 tahun, diceritakan lagi bahawa dulunya pokok mangga ini tumbuh dengan subur sebelum mati akibat diracun/teracun oleh pekerja yang bekerja dirumah Tun pada waktu dulu.

Siapa sangka disebalik berdirinya pokok mangga yang reput ini, telah menyimpan sejarahnya tersendiri sewaktu tersebar dan berkembangnya ajaran Islam di Daerah Semporna.

Kisah pokok ini kini hanyalah tinggal menjadi pusaka orang-orang terdahulu. Nama Imam Jayari boleh dilihat di Jalan Imam Jayari berdekatan Rumah Tun Sakaran Kampung Ayer Semporna sebagai menghargai dan mengenang jasanya.

Jadi tidak hairanlah jika pokok mangga tersebut walaupun telah lama mati, namun ianya masih lagi dibiarkan berada dikawasan dimana ianya pernah hidup subur pada satu ketika dahulu. Kini pokok mangga yang telah mati ini hanya dibiarkan ditempatnya sebagai kenagan sejarah terdahulu.

Komen

Terbaru Lebih lama