Lobster atau Udang Kara / Karang pada hari ini dianggap sebagai sebuah makanan yang mewah namun tahukah anda di Eropah sekitar awal abad ke-19, ianya adalah makanan untuk orang miskin dan merupakan makanan khusus untuk banduan di dalam penjara.
Dicatatkan bahawa jumlah kuantiti Lobster adalah sangat banyak ketika itu sehingga digambarkan untuk mendapatkannya tidak perlu turun ke laut kerana terlalu senang ditemui dan dikutip sahaja di tepi pantai.
Kenapa Dianggap Makanan Orang Miskin
Pada waktu tersebut, ramai yang memburu Lobster dengan cara tidak betul iaitu dengan membunuh udang ini terlebih dahulu kemudian barulah ianya dimasak.
Akibatnya, udang ini akan jadi senang busuk dan basi berbanding jika ianya dibunuh secara segar.
Ini adalah merupakan salah satu punca utama kenapa ramai orang ketika itu tidak berselera untuk memakannya kerana selain senang busuk jumlahnya yang sangat banyak ketika itu menjadikan orang menggunakan Lobster ini sebagai sumber makanan yang lebih murah berbanding hidupan laut lain seperti ikan, sotong dan udang.
Orang Eropah Pandang Jijik Terhadap Lobster
- Peneroka eropah pertama yang tiba di Amerika Utara mengkhabarkan bahawa pesisir laut mereka telah dicemari dengan habitat Lobster ini.
- Mereka beranggapan bahawa Lobster ketika itu adalah sejenis haiwan perosak yang banyak terdapat di tepi pantai
- Hal itu membuatkan mereka berasa malu dan jijik dimana menurut mereka, ketinggian limpahan Lobster di pesisir pantai sekitar Eropah pada waktu itu boleh menjangkau sehingga dua kaki!
Lobster Digelar Lipas Laut
- Disebabkan statusnya sebagai salah satu makanan yang hina, maka tidak ramai orang berminat untuk mengutip mahupun memakan lobster tersebut.
- Pada waktu dulu, orang memanggil Lobster ini sebagai ‘ayam orang miskin’ atau pun ‘lipas laut’ walaupun ketika itu ia merupakan sumber makanan protein paling murah.
Sebagai Penyubur Tanaman
- Ianya juga selalu digunakan sebagai umpan ataupun baja sepertimana yang dibuat oleh orang asli Amerika.
- Oleh kerana jumlah yang sangat banyak dan murah, ianya dijadikan sebagai sebuah alternatif untuk menjadi baja organik mahupun umpan memancing kerana di anggap tidak bernilai setaraf dengan baja organik dan sampah.
Makanan Untuk Banduan
- Dalam satu analogi, diperkatakan punyalah teruk status Lobster ini sehinggakan tahanan penjara di US kerap kali mengadu dan bising kerana selalu diberi makan Lobster.
- Pada waktu dulu, banduan di Eropah berpendapat bahawa menghidangkan Lobster adalah sebuah hukuman yang kejam.
- Akhirnya, beberapa negara telah meluluskan rang undang-undang dimana penjara dilarang untuk memberikan lobster kepada banduan lebih daripada dua kali seminggu.
Status Lobster Atau Udang Kara / Karang Berubah Menjadi Makanan Mewah & Istimewa
Status hina Lobster atau Udang Kara / Karang ini mula berubah di eropah sekitar akhir abad ke-19 apabila keretapi wujud di US. Pekerja tren keretapi menggunakan Lobster ini sebagai makanan untuk penumpang sebab harganya yang murah dan jumlahnya yang sangat banyak.
Di US, bukan semua orang duduk di tepi laut jadi tidak ramai yang tahu tentang Lobster ini merupakan makanan orang miskin ketika itu.
Apabila mereka melihat jenis udang ini, mereka beranggapan ianya adalah sejenis makanan istimewa dan mula membuat permintaan terhadap udang ini kerana selain murah ianya juga mempunyai rasa yang sedap. Orang yang tidak biasa dengannya mendapati isinya sangat lazat.
Lama kelamaan, permintaan terhadap Udang Kara / Karang ini pun meningkat secara mendadak. Secara tidak langsung harganya telah melonjak naik.
Kolam-kolam Lobster mula dibuka pesat seperti kolam ikan apabila ramai para pengusaha mulai sedar ianya mampu menjana pendapatan dan memberi pulangan lumayan sekaligus menguntungkan mereka kerana jumlah permintaannya yang sangat tinggi.
Menjelang sekitar 1920an, populasi Lobster ini telah menjadi kurang namun permintaan terhadapnya semankin meningkat dan akhirnya ianya bertukar menjadi sebuah makanan yang istimewa dan mewah.
Makanan Popular Zaman Perang Dunia Ke-2
- Setelah mendapat banyak permintaan di Boston dan sekitar New York suatu ketika, udang jenis ini terus mendapat tempat sebagai antara makanan premium dan paling mahal sewaktu zaman perang dunia ke-2. Waktu itu, hanya orang-orang elit sahaja yang mampu membeli dan menikmatinya sebagai menu hidangan paling mewah.
- Mereka juga telah menjumpai cara sedap untuk makan udang ini dengan cara memasaknya secara hidup hidup. Bila Perang Dunia Kedua berlaku, udang ini telah ditinkan dan menjadi salah satu bekalan penting untuk tentera disebabkan kekurangan sumber protein berdaging yang lain.
Hotel 5 bintang adalah antara lokasi dimana Lobster di sediakan dalam menu masakan makanan mereka selain restoran-restoran seafood yang menyediakan makanan laut yang segar.
Di Malaysia harga untuk seekor lobster mampu mencecah sehingga ratusan ringgit menjadikannya antara makanan dari laut yang mewah kerana selain sedap harganya ketika dijual mentah atau siap masak adalah dalam kategori yang sangat mahal.
Lobster di Malaysia dibahagikan secara ringkas kepada dua jenis iaitu lobster air tawar dan lobster air laut. Selalunya Lobster atau Udang Kara / Karang air tawar ( yang mempunyai sepit ) harganya lebih murah berbanding dengan Lobster Air laut.
Ini adalah kerana Lobster Air Tawar pada hari ini rata-rata hasil daripada ternakan berbanding Lobster Air Laut yang segar diambil dari Laut. Di Semporna Lobster ada yang dijual serendah Rm70 sahaja bergantung kepada saiz kerana Lobster di Semporna 90% segar dari laut ( bukan jenis peliharaan Lobster Air Tawar ).
Kalau ada lebih mahal dari harga di semenanjung confirm korang kena scam, sebab sekarang Lobster di Semporna jenis dari laut ( tiada sepit ) sudah ada yang dipelihara dalam sangkar di laut. Semporna juga adalah lubuk makanan laut dan terkenal dengan harganya yang murah jadi adalah satu perkara tidak munasabah jika korang datang dari jauh semata-mata ingin makan makanan laut namun harga lebih mahal dari semenanjung Malaysia.
Begitulah cerita serba sedikit tentang Lobster yang pernah dianggap sebagai makanan orang miskin di sekitar Eropah pada satu ketika dulu.
Catat Ulasan