Ratu Lepa 2019 Menang Emas Dan Perak Dalam Pertandingan World Champion Of Performing Art (WCOPA) 2024

Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak jati Sabah yang berasal dari Semporna Emeraazwa Emeraldi iaitu Ratu Lepa 2019 yang telah mengharumkan nama negara Malaysia apabila berjaya memenangi pingat emas dan perak didalam World Champion Of Performing Art ( WCOPA ) setelah mempersembahkan tarian tradisi suku kaum bajau pantai timur sabah baru-baru ini.

Pasukan Malaysia telah berjaya meraih 37 pingat daripada 70 pertandingan yang disertai dalam World Champion Of Performing Art ( WCOPA ) yang ke 27 yang berlangsung pada 28 jun sehingga 6 julai 2024 di Long Beach Convention Center, California, Amerika Syarikat.


37 pingat tersebut merangkumi 13 pingat emas, 11 perak, 13 gangsa, 11 juara bahagian dan satu Biasiswa belajar di New York Film Academy.

Pada tahun ini, seramai 15 peserta berbakat Malaysia telah mewakili negara dan menyaksikan lebih daripada 30 negara bertanding untuk meraih gelaran juara dunia dalam bidang seni persembahan.

Hampir kesemua ahli Pasukan Malaysia telah berjaya ke peringkat separuh akhir, iaitu bagi kategori Vokal, Tarian, Muzik, dan Peragaan. Seramai enam peserta mara ke peringkat akhir.


Tahniah kepada semua peserta dan pasukan yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan bakat yang luar biasa tetapi juga dedikasi tinggi yang menjadi inspirasi kepada kita semua.

Manakala kejayaan yang dikecapi oleh   anak jati Semporna ini sekaligus memperkenalkan keindahan, keunikan seni tari, budaya serta masyarakat bajau di pantai timur sabah terutamanya.

Komen

Terbaru Lebih lama